Monday, July 11, 2011

1 Peluru Taliban Menembusi 2 Tentera England

gambar hiasan

KABUL — Sebutir peluru yang dilepaskan penembak Taliban membunuhkan dua tentera England sekaligus di Nad-e Ali, salah satu wilayah paling berbahaya di Afghanistan selatan. 

Kedua tentera yang maut itu dikatakan bersahabat baik, iaitu Lewis Hendry,20 dan Conrad Lewis,22. Keduanya ditugaskan mencari sarang-sarang musuh dan menjaga keamanan penduduk sebuah kampung kecil ketika pasukan mereka diserang.

Hendry dan Lewis merunduk di balik dinding ketika sebutir peluru meluncur ke arah mereka. Hendry tertembak di kepala. Peluru itu menembus kepala Hendry dan mengenai leher Lewis.

Lewis maut di tempat kejadian, sementara Hendry sempat diterbangkan dengan helikopter ke pangkalan udara di Kandahar. Namun, Hendry meninggal dalam perjalanan.

Penembak tepat merupakan salah satu ancaman terbesar tentera Sekutu di Afganistan.

Laporan inteligen menyebut, penembak tepat Taliban itu seorang bekas anggota Mujahidin berusia 55 tahun. Dia menggunakan senjata laras panjang lawas Enfield keluaran England .

Sniper yang digambarkan sebagai "pembunuh paling terlatih dan paling sabar" itu biasa berkeliling dengan motornya.
sumber: Kompas.com

No comments:

Post a Comment