Monday, July 4, 2011

Adik Thaksin, Perdana Menteri Wanita Pertama Thailand ?


BANGKOK- Yingluck Shinawatra bersedia menjadi perdana menteri wanita pertama Thailand setelah, partinya memenangi majoriti kerusi di parlimen dalam satu pilihanraya umum. Perkiraan suara rasmi belum selesai, tetapi dengan lebih dari 90 peratus undi telah dikira semalam, parti Yingluck, Pheu Thai, telah memenangi 262 kerusi dari 500 kerusi di parlimen negara itu. 

"Hal pertama yang ingin saya lakukan adalah membantu membangunkan ekonomi rakyat," katanya. Beliau menolak untuk mengumumkan kemenangannya sehingga perkiraan rasmi berakhir. Sebelum itu , Perdana Menteri Thailand, Abhisit Vejjajiva, mengakui bahawa Yingluck telah menang.

Yingluck adalah adik bekas Perdana Menteri Thaksin Shinawatra yang digulingkan pada tahun 2006. Thaksin hingga kini merupakan orang yang memecah belah rakyat dan politik Thailand. Tahun 2008 Thaksin meninggalkan Thailand setelah ia dihukum atas tuduhan korupsi. Namun tuduhan itu terus disangkalnya hingga kini. 

Para pengkritik Yingluck bimbang adik Thaksin itu hanya akan melakukan dan menuruti perintah abangnya.

Kelompok "Baju Kuning", sebuah kumpulan yang dibentuk untuk menggulingkan Thaksin dari kekuasaan, akan melakukan apa saja untuk menghalang Thaksin kembali.
catatan: indah.com

No comments:

Post a Comment