Monday, July 4, 2011

SUPERWOMAN: Dia Berlari Lalu Menyambut Bayi Yang Terjatuh Dari Tingkat 10


Wu Juping dirawat di rumah sakit kerana patah lengah kiri setelah berusaha menangkap seorang kanak-kanak yang terjatuh dari tingkat 10 sebuah apartmen di China.

BEIJING - Seorang kanak-kanak China yang berusia dua tahun terjatuh dari tingkap tingkat 10 sebuah bangunan. Dengan kehendak Allah ia selamat walaupun keadaannya masih kritikal. Nasibnya sungguh baik kerana dia disambut oleh seorang wanita pejalan kaki.

Si penyelamat itu, Wu Juping, 31 tahun adalah seorang ibu dari seorang bayi berusia tujuh bulan. Ketika beliau sedang berjalan, dia terpandang seorang budak sedang bergayut di tingkap blok apartmen yang bertingkat tinggi. Wanita itu segera membuang kasut tumit tingginya lalu berlari ke arah kanak-kanak itu yang akan jatuh dengan menadah kedua tangannya. 

Kepekaan dan kepahlawanan Wu Juping dipuji sebagai wira dan disiarkan di televisyen China. Suntingan siaran televisyen memperlihatkan dia sedang dirawat di atas katil hospital kerana patah lengan kiri kerana hentaman kuat kanak-kanak tersebut. Dia menderita patah lengan dan pengsan.

Anak yang diselamatkan itu, Niu Niu, mengalami perdarahan dalaman dan masih kritikal. Mengikut laporan berita rasmi China, Xinhua , kanak-kanak itu ditinggalkan seorangan di apartmennya.

Kemalangan itu terjadi berdekatan Hangzhou, ibukota wilayah Zhejiang. Jin Dengfeng, pengarah sebuah rumah sakit di kota Fuyang yang menawarkan perawatan percuma bagi Wu ketika mendengar tindakannya, mengatakan, perempuan itu telah mempertaruhkan nyawanya dengan menyambut bayi itu. . "Dia boleh maut atau lumpuh seumur hidup jika anak itu menimpa kepala atau punggungnya," kata pengarah itu.

Wu memberitahu, akibat kecederaannya, dia terpaksa berhenti menyusui puteranya yang masih bayi lebih awal dari yang dirancangkannya. "Saya tidak menyesali apa yang terjadi. Saya hanya berharap, kanak-kanak itu cepat sembuh," katanya seperti dilapor The Daily Mail, Isnin 4 Julai. 
catatan : indah.com 4 Julai

No comments:

Post a Comment