Friday, July 1, 2011

China Rasmikan Jambatan Terpanjang Di Dunia


Jembatan Jiaozhou (Foto: Xinhua)
China merasmikan penggunaan jambatan yang diistiharkan terpanjang di dunia. Jambatan yang melintasi laut itu memiliki panjang 42 kilometer dan disokong dengan lebih dari 5,000 pilar/ tiang.
Papan tanda berbunyi: "Shandong Highway Corp. akan membuka jambatan lebuh raya Shandong Teluk Jiaozhou’’ terpampang di atas jambatan teluk Jiaozhou di bandar Qingdao, wilayah Shandong, kelmarin. Ia merupakan jambatan terpanjang di atas permukaan laut di dunia yang mula dibuka, semalam. – REUTERS/China Daily
Jambatan Teluk Jiaozhou menghubungkan Kota Qingdao menuju Pulau Huangdao.
Menurut Stesyen Televisyen CCTV, jambatan yang memiliki lebar 35 meter ini dibangun menghabiskan biaya lebih dari 10 billion yuan atau  1.5 billion US Dollar( RM 4.5 billion )

Jambatan tersebut lulus penggunaannya pada Isnin 27 Jun. Setelah disahkan selamat jambatan dan terowong bawah laut dibuka untuk umum mulai hari ini.

Guinness World Records telah memverifikasinya sebagai jambatan terpanjang di dunia.
Rekod sebelumnya dipegang oleh Jambatan Danau Pontchartrain di Lousiana, Amerika Syarikat namun jambatan terbaru ini lebih 4 kilometer panjang daripadanya
catatan indah.com 1 Julai

No comments:

Post a Comment