Friday, August 19, 2011

1 jam menonton TV umur kurang 22 minit


Bagi Anda yang mempunyai kebiasaan berlama-lama menghabiskan waktu di depan televisyen nampaknya kena  segera mengurangi kebiasaan tersebut. Satu kajian  di Australia menunjukkan, orang dewasa yang setiap hari menghabiskan satu jam menonton TV, DVD, atau video dapat berkurang harapan hidupnya hampir 22 minit.

Bahkan, menonton TV rata-rata 6 (enam) jam setiap harinya dapat memperpendek kehidupan anda lima tahun.

Kajian  yang diketuai  oleh Dr. J. Lennert Veerman dari University of Queensland ini mengatakan , menonton TV merupakan suatu gaya hidup sedentari yang mengakibatkan keburukan bagi kesihatan, seperti halnya merokok dan obesiti. Selain itu, dengan terus menonton TV orang akan cenderung tidak aktif dan mengambil makanan yang tidak sihat.

Kajian  ini melibatkan lebih dari 11,000 orang berusia di atas 25 tahun. Kajian dilakukan untuk menghitung risiko secara keseluruhan terhadap harapan hidup seseorang dari aktiiviti menonton televisyen.

“Menonton TV mungkin berhubungan dengan berkurangnya harapan hidup seseorang, dimana sebanding dengan faktor risiko utama terjadinya penyakit kronis seperti obesiti,” kata peneliti yang memuat risearchnya dalam British Journal of Sports Medicine.

Penemuan ini juga menunjukkan, kebiasaan berlama-lama menonton televisyen sama dengan faktor risiko yang ditimbulkan akibat merokok. Kajian menunjukkan bahawa satu batang rokok boleh memotong kehidupan seseorang sebesar 11 minit, setara dengan setengah jam menonton TV.

Sementara itu, kajian dari Harvard School of Public Health, Boston, mengatakan penemuan itu ‘sangat masuk akal’ kerana menonton TV berpanjangan rentan terhadap timbulnya penyakit dan kematian dini.

Bahkan data lain menunjukkan, selain obesiti, perilaku sedentari seperti keranjingan nonton TV juga terkait dengan timbulnya penyakit lainnya seperti, tingginya kadar emak jahat dalam darah, risiko penyakit jantung, serta lebih mungkin untuk mengambil makanan seperti misalnya junk food.
Source: ©Kompas.com

No comments:

Post a Comment