Sunday, August 14, 2011
Bekas Tentera Amerika Akan Dihukum Suntik Mati
WASHINGTON - Bekas Tentera Marine Amerika Syarikat , Anthony Sowell, yang membunuh 11 orang wanita, akhirnya mendapat hukuman berupa suntik mati dari mahkamah.
Anthony Sowell didakwa atas tuduhan pembunuhan, penculikan, dan menganiaya 11 orang wanita.
Bekas tentera yang berusia 51 tahun ini juga akan dihukum hukuman mati. Demikian laporan BBC, Sabtu (13/8/2011).
Di Mahkamah Cleveland, lelaki berusia 51 tahun ini duduk dengan mata terpejam ketika Hakim Dick Ambrose membacakan detil pembunuhan yang dilakukan olehnya.
Jasad para mangsa Sowell sudah ditemukan ketika Sowell ditangkap pada Oktober 2009.
Eksekusi mati Sowell dijadualkan pada 29 Oktober 2012 akan datang. Meskipun demikian, Sowell diberikan keampunan oleh para keluarga mangsa.
"Saya memaafkan Anda, alasan saya memberikan maaf ini adalah kerana saya ingat tuhan. Saya kata keluarga korban, Kyana Hunt.
Seorang mangsa yang terselamat dari pembunuhan, Sowell, menyatakan, dirinya sudah memaafkan Sowell.
Sowell mengajak seluruh korbannya ke rumahnya yang berada di Cleveland. Mereka diajak meminum minuman keras dan menghisap kokain serta ganja.
Sowell lalu melakukan perkosaan dan pelecehan seksual terhadap para korban. Setelah itu, Sowell mencekiknya dengan tali, kabel, atau pakaian korban.
Jasad 11 mangsa pembunuhan itu dimasukkan kedalam plastik sampah dan dibuang berdekatan rumah dan halaman belakang. Para korban maut tercekik dan semuanya tidak memakai seluar.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment