KANDAHAR 20 Ogos - Seramai 35 penumpang terbunuh dan 27 lagi cedera hari ini dalam satu kemalangan jalan raya apabila bas yang dinaiki mereka itu terbalik di lebuh raya selatan Afghanistan.
Kenyataan daripada Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri menyatakan, kemalangan itu berlaku di luar bandar Kandahar berhampiran daerah Daman yang menghubungkan jalan utama ke ibu negara tersebut.
"Kemalangan itu berlaku pada pukul 3.30 pagi (7 pagi waktu Malaysia)," katanya.
Semua pengguna jalan raya digesa supaya berhati-hati semasa memandu dan mematuhi segala peraturan lalu lintas, tegasnya.
Kemalangan jalan raya di Afghanistan telah menjadi satu kebiasaan kerana penyelenggaraan yang kurang memuaskan. - AFP
No comments:
Post a Comment