BERLIN - Seramai 20 orang terpaksa bermalam di dalam kereta kabel yang tergantung pada ketinggian 100 meter di atas tanah di kawasan Bavaria, Jerman selatan, pada 12 Ogos 2011. Pasukan penyelamat baru boleh datang menyelamatkan mereka pada 13 Ogos pagi.
Kejadian ini bermula ketika sebuah kereta kabel di kawasan pergunungan Alpen itu rosak, setelah seorang yang sedang berparalayang melanggar kabel tempat kereta itu berjalan pada Jumaat petang
Sebahagian penumpang berjaya diturunkan dengan selamat hari itu juga, tetapi kerana hari makin malam, proses menyelamat ditunda, dan membiarkan 20 penumpang terkatung-katung di ketinggian.
Mereka terpaksa tidur berhimpit-himpit di dalam kereta yang hanya berukuran 12 meter persegi itu. Pasukan penyelamat menghantar makanan dan minuman serta mainan untuk anak-anak yang ikut terperangkap. Proses menyelamat dijalankan pada Sabtu pagi, dan seluruh penumpang dikeluarkan dengan selamat dengan menggunakan helikopter.
No comments:
Post a Comment