gambar hiasan |
Baru-baru ini Kementerian Kesihatan Amerika Syarikat, melaporkan maklumat untuk pengetahuan umum berkaitan insiden meninggalnya seorang warga Amerika akibat gigitan seekor kelelawar penghisap darah atau kelelawar vampire.
Insiden tersebut terjadi setahun lalu, ketika Pusat Pengendalian dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat menerima laporan kes rabies yang menimpa seorang pekerja berusia 19 tahun.
Tidak lama setelah menerima rawatan di sebuah rumah sakit di wilayah Loisiana, Amerika, pekerja itu meregang nyawa kerana radang otak.
Mulanya pada akhir Julai 2010, iaitu tidak lama setelah ia tiba di Amerika dari Mexico , lelaki tersebut mengalami gejala neurologis. Dia mengalami gejala, nyeri bahu kiri, tangan kiri mati rasa, serta kelelahan, setelah seharian bekerja di sebuah kebun tebu di Louisiana.
Dia kemudian di rawat di sebuah rumah sakit di New Orleans.
Mulanya doktor mendiagnos lelaki tersebut menderita sindrom Guillain-Barré, dimana sistem kekebalan tubuh menyerang saraf, atau meningitis, suatu peradangan selaput yang menutupi otak.
Selama beberapa hari berikutnya, keadaan kesihatan lelaki itu makin teruk, doktor mulai curiga yang lelaki tersebut dijangkiti rabies. Jangkaan tersebut baru diketahui kebenarannya pada 20 Ogos 2010, setelah melakukan pengujian terhadap pesakit. Tetapi sudah terlambat kerana pesakit itu meninggal sehari selepas itu.
Berdasarkan ujian postmortem terhadap jenazah mangsa, diketahui lelaki itu telah terinfeksi virus rabies kelelawar penghisap darah. Virus rabies kelelawar penghisap darah tersebut menyebabkan radang otak progresif yang akan menyebabkan kematian jika pengubatan tidak dimulai peringkat awal.
Ibu mendiang, menceritakan bahawa anaknya telah digigit oleh seekor kelelawar pada bulan Julai, ketika masih berada di Mexico lagi, tetapi tidak berubat.
Ini kes pertama penularan virus rabies dari binatang kepada manusia di Amerika Syarikat yang menyebabkan kematian.
Untuk itu Pusat Pengendalian dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat, mendesak kepada para doktor yang mengubati pesakit yang mengalami radang otak progresif untuk mempertimbangkan rabies sebagai kemungkinan penyebabnya.
boleh mati erk kelawar gigit..takut gak
ReplyDeleteya. ini kelawar yg bawa kuman rabies.Jaga2 kalau jumpa kelawar...
ReplyDelete