Wednesday, September 28, 2011

Menderita kerana payudara tak berhenti membesar


Seorang ibu beranak empat yang berasal dari Peru terperangkap di tempat tidurnya selama enam bulan kerana pembesaran payudara. Pertumbuhan payudara Julia Maria Manihuari (29) bermula sejak tujuh tahun lalu dan membuat dia tidak boleh bergerak.

“Jika saya cuba bangun, saya akan lemas kerana payudara terlalu berat,”katanya.
Doktor yakin bahawa Manihuari menderita penyakit yang jarang terjadi yang dikenali dengan gingantomastia. Keadaan penyakit ini bermula dengan pertumbuhan payudara berlebih. Menurut National Institues of Health, pertumbuhan ini boleh terjadi secara spontan selama kehamilan atau ketika menggunakan ubat-ubatan tertentu.

Penyebab sebenar dari gangguan kesihatan ini belum diketahui. Namun Dr. Cynara Coomer, ahli bedah payudara sekaligus kontributor Fox News, menyatakan bahawa keadaan penyakit ini boleh disebabkan oleh kehadiran hormon-hormon selama kehamilan.

“Selama kehamilan, ada peningkatan hormon, baik estrogen dan progesteron, yang menyebabkan peningkatan pembesaran  payudara,” terang Coomer.”Pada perempuan normal, payudara akan mengalami penambahan ukuran. Tapi dalam kes ini, terjadi pertumbuhan payudara ekstrim, kemungkinan sebagai respon terhadap hormon-hormon tersebut.”

Ahli bedah harus mengangkat 35 paun (setara dengan 17,5 kilogram) daging dari payudara Manihuari. Kelebihan daging tersebut dikhuatirkan boleh menekan paru-paru Manihuari dan membawa kepada kematian.

“Sebelum pembedahan, saya tidak boleh melakukan apa pun. Saya hanya boleh menerimanya. Benar-benar buruk sehingga payudara saya boleh menyentuh kaki saya,” terang dia.”Ukuran badan saya kecil, dan tekanan terhadap seluruh tubuh merupakan sebuah penderitaan.” 

No comments:

Post a Comment