Friday, September 30, 2011

Selama 10 Tahun Jadi Buruan Polis, Rupa-rupanya Dia Bekerja Sebagai Penjaga Penjara



TRIBUNNEWS.COM, BEIJING - Seorang buruan polis di China ditemui bekerja
sebagai penjaga penjara di sebuah penjara. Wang Zhijia (37), sepuluh tahun lalu
dituduh mencuba membunuh isterinya kerana memukul kepala isterinya dengan
menggunakan batu bata setelah keduanya terlibat pertengkaran.

Namun belum sempat dibawa ke mahkamah , Wang melarikan diri dari kediamannya
di China Tengah. Demikian diberitakan harian Beijing News dan dikutip oleh BBC.

Ternyata selama 10 tahun ini, polis tak tinggal diam dan terus berupaya mencarinya.
Dan minggu ini polis  akhirnya berhasil menemukan Wang di Provinsi Anhui, sekitar
260 kilometer dari kampung halamannya.

Apa yang mengejutkan, Wang yang menjadi buruan polis  justru ditemukan sedang
bekerja menjadi waden di salah satu penjara Provinsi Anhui.
Lalu bagaimana cara Wang boleh  menjadi waden yang tugasnya menjaga para
banduan padahal dia adalah seorang buruan polis ?

Wang mengaku menjadikan  saudara laki-lakinya untuk mendapatkan pekerjaan sebagai
asistan di kesatuan polis Anhui pada 2008 lalu. Sejak dua bulan lalu Wang bekerja
sebagai waden.

Akan tetapi pekerjaan Wang menjadi seorang penjaga penjaga ini  menimbulkan
kecurigaan kerana polis  mengetahui ada dua orang berbeda dengan nama dan
nombor KTP yang sama. Keganjilan inilah yang kemudian membawa polis  
menemukan buruan yang lari selama 10 tahun.

Ketika ini Wang sudah berada dalam tahanan polis , sementara isteri yang pernah 
dipukulnya sudah menikah dengan laki-laki lain. Namun akibat pukulan Wang,
Bekas  isterinya kini sering merasa sakit kepala, menderita amnesia, dan tuli.

No comments:

Post a Comment