Friday, September 30, 2011

Takut pada kezaliman Umno BN, bukannya hudud

Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 30 Sept: Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat,
Ustaz Nik Muhammad Zawawi Salleh menegaskan bahawa warga Malaysia
bukan Islam hanya perlu takut kepada kezaliman yang dilakukan oleh Umno
ke atas mereka dan statistik kadar jenayah sepanjang 54 tahun negara merdeka.

Menurutnya, orang bukan Islam tidak perlu takut dan bimbang kepada hukum
 hudud kerana ianya hanya terbatas perlaksanaannya ke atas umat Islam sahaja
dan tidak melibatkan mereka.

Jelasnya, orang bukan Islam diberikan pilihan untuk memilih undang-undang hudud
sekiranya itu adalah pilihan mereka.

“Non Muslim tak perlu gusar dengan hukum hudud, yang perlu mereka bimbang dan
takut ialah kezaliman Umno BN yang telah dilakukan sepanjang 54 tahun kita merdeka,
kezaliman Umno sudah pun terbukti dan diketahui umum, namun hudud pasti akan menjamin
keadilan,” kata beliau.

Katanya, kalau dilihat kadar jenayah yang berlaku di negara ini, ia amat menggerunkan.
Tambahnya, ini adalah sangat tidak baik untuk keselamatan rakyat Malaysia dan akan
memberikan ancaman kepada perkembangan ekonomi negara.

“Bukan Islam juga perlu tahu bahawa mereka tidak tertakluk kepada undang-undang hudud ini,
 namun kita tidak menyekat permintaan mereka sekiranya mereka meminta supaya diadili
dengan hukum hudud, kita tahu ramai bukan Islam juga turut menyokong perlaksanaan
hukum hudud,”tambah beliau lagi.

Justeru, beliau turut meminta pihak bukan Islam agar tidak campur tangan dalam urusan
berkaitan dengan Islam yang telah terjamin keistimewaannya dalam perlembagaan sebagai
 agama rasmi negara.

No comments:

Post a Comment