1/10/11
Gombak, 1 Okt : Kehadiran ribuan penuntut, pensyarah, orang ramai dari dalam dan luar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) semalam ternyata meresahkan kontinjen polis Bukit Aman.
Dalam ‘Talk Show’ bersama penceramah popular masakini, Ustaz Azhar Idrus malam semalam (30 September 2011), jangkaan tidak ramai hadir meleset sama sekali.
Menurut maklumat yang diperoleh, jadual asal ceramah itu bakal dilangsungkan di Masjid UIA, Gombak namun setelah terdapatnya campur tangan pihak luar, tempat terpaksa diubah atas arahan universiti pada saat-saat akhir.
Akan tetapi situasi itu (berubah tempat ke Dewan Experimental) ternyata membuatkan ribuan hadirin yang hadir semakin bersemangat untuk terus setia hingga akhir program.
Menurut salah seorang penuntut UIA yang juga pimpinan Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS), isu ceramah Ustaz Azhar Idrus di UIA bukanlah sebenar-benarnya berpunca dari pentadbiran UIA itu sendiri.
“UIA pun tak boleh buat apa-apa sebab ada arahan dari Bukit Aman. Jadi, jangan marahkan UIA. Kalau benda ini berterusan, memang ceramah agama akan dihalang dimana-mana selagi Bukit Aman dikuasai oleh kerajaan yang tak suka dengar ceramah.”
“Jadi, solusinya, kita anak-anak muda pakat-pakat bantu untuk tukar kerajaan yang sedang memerintah Bukit Aman skrg. Nanti kita buat kuliah Ust Azhar di Putrajaya plak.”, ujarnya dalam kenyataan di sebuah laman sosial.
Diberitakan ribuan yang hadir semalam sudah mula memenuhi ruang masjid dan pintu masuk dewan ceramah sejak waktu maghrib lagi dan pintu masuk utama juga dikhabarkan penuh dengan kenderaan.
Dengan cubaan halangan itu, pihak penganjur iaitu Ma’ruf Club UIAM telah bersedia dengan segala persiapan bagi keselesaan pengunjung.
Tinjauan mendapati beberapa skrin layar dan ‘speaker’ diletakkan di beberapa tempat termasuk di bawah dewan dan luar dewan.
Di akhir ceramahnya, Ustaz Azhar memberitahu dengan harapan yang tinggi supaya pihak UIA dapat membenarkan dirinya untuk menyampaikan kuliah di masjid yang boleh menampung kira-kira 6,000 jemaah dalam satu masa itu satu hari nanti. – GZDaily
dari blog Batu vs Kayu
No comments:
Post a Comment