Sekumpulan doktor berjaya membuang ketumbuhan gergasi dipercayai terbesar di dunia yang dihidapi seorang wanita di Argentina.
Ketumbuhan seberat 23 kilogram (kg) itu dikeluarkan daripada rahim wanita berusia 54 tahun dalam satu pembedahan yang berlangsung selama empat jam di Hospital Gandulfo.
Ketumbuhan itu membesar di dalam rahim pesakit berkenaan sejak 18 bulan lalu. Para pegawai perubatan percaya ia merupakan tumor barah terbesar di dunia yang pernah dibuang dari tubuh manusia.
"Saya tidak pernah melihat tumor sebesar ini sepanjang 34 tahun berkhidmat sebagai doktor," kata pakar bedah hospital berkenaan, Dr. Oscar Lopez.
Lopez menjelaskan, pesakit yang dirahsiakan namanya itu dibenarkan pulang dengan berat badannya turun sebanyak 35 kilogram selepas pembedahan.
No comments:
Post a Comment