KUALA LUMPUR, 11 NOV: PAS hari ini menempelak MCA dan menyifatkan
cadangan parti itu untuk tidak membenarkan rakyat Malaysia yang tinggal
di luar negara, mengundi dalam pilihan raya umum sebagai dangkal
dan cetek pemikiran.
“Kalaulah atas alasan mereka tidak mendapat
maklumat sebenar, maka apa beza dengan
masyarakat pedalaman yang hanya mendapat
maklumat sehala dari media perdana sahaja.
Ia juga tidak seimbang dan meragukan,” kata Ketua
Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim
Tuan Man dalam satu kenyataannya hari ini.
Ketika membentangkan pandangan parti kepada
Jawatankuasa Pilihan Parlimen mengenai pembaharuan pilihan raya (PSC),
ahli jawatankuasa pusat MCA, Datuk Ei Kim Hock berkata, cadangan untuk
memperluaskan undi kepada rakyat Malaysia yang tinggal di luar negara
adalah tidak munasabah kerana mereka menerima maklumat yang "meragukan".
"Pengundi yang menetap di luar negara tidak harus dibenarkan untuk mengundi,"
katanya sambil menambah parti itu memandang serius perkara itu kerana mereka
yang tinggal di luar negara tidak mengikut perkembangan dalam negara dan
tidak memahami sepenuhnya keadaan di Malaysia.
Tuan Ibrahim berkata hujah MCA tidak boleh dipakai kerana “rakyat Malaysia
di luar negara samada sebagai pelajar atau pekerja, mereka mempunyai
akses kepada media baru dan mengikuti perkembangan semasa dalam negara.”
No comments:
Post a Comment