Friday, November 11, 2011

Remaja Ditoreh 300 Kali Kerana Ritual Pemujaan Syaitan Berunsur Seks


SUSPEK: Rebecca Chandler and Raven Larrabee


Dua orang gadis di Amerika Syarikat didakwa mengikat dan menoreh seorang remajalelaki lebih daripada 300 kali semasa ritual permujaan syaitan yang turut berunsurkanseks yang dijalankan selama dua hari.Menurut berita Agensi, remaja lelaki berusia 18 tahun itu ditemui dalam keadaan berdarah dengan kecederaan  di leher, kaki, lengan dan belakang.
Remaja tersebut dipercayai bertemu dengan Rebecca Chandler, 22, dan Raven Larabee, 20, di internet sebelum bertemu dengan kedua-dua gadis itu di pangsapuri mereka. 

Remaja itu dikatakan telah dijanjikan habuan seks oleh pasangan itu.Chandler mendakwa bahawa torehan di anggota badan antara pasangan itu dengan remaja tersebut adalah persetujuan bersama namun kemudiannya "menjadi tidak terkawal."Antara buku yang dijumpai di apartmen itu termasuklah The Werewolf’s Guide to LifeThe Necromantic Ritual Rule Book andIntro to Sigilborne Spirits.Kedua-dua gadis yang masih belum didakwa itu ditahan atas kesalahan mendatangkan kecederaan.
 Buku yang dijumpai di apartmen mereka

No comments:

Post a Comment