KUALA LUMPUR, 8 Nov: Kebimbangan yang cuba
dibangkitkan oleh akhbar harian Utusan Malaysia
bahawa DAP akan mengurangkan saiz perkhidmatan
awam yang didominasi oleh orang Melayu adalah tidak
berasas kerana kedudukan mereka dilindungi
undang-undang, kata pakar perlembagaan negara
Profesor Abdul Aziz Bari
(gambar), lapor
Malaysiakini.
"Dalam mana-mana kes, kedudukan anggota
perkhidmatan awam dilindungi oleh perlembagaan.
Maka ketakutan yang cuba disemai
oleh
Utusan adalah karut semata-mata.
"Angota perkhidmatan awam tidak boleh dipecat dengan senang.
Begitu juga dengan kenaikan pangkat mereka dan perkara sebagainya,"
kata Abdul Aziz dalam satu kenyataan media kepada
Malaysiakini.
Beliau merujuk laporan muka depan akhbar milik Umno itu, semalam yang memetik
ahli parlimen Kulim-Bandar Bharu Datuk Zulkifli Nordin sebagai berkata DAP mahu
mengurangkan bilangan penjawat awam sekiranya dipilih sebagai pemerintah negara
kerana parti berkenaan tidak selesa melihat penguasaan orang Melayu.
“Mereka (DAP) memang ada agenda tersembunyi menerusi hasrat tersebut dan
bukanlah semata-mata mahu mengurangkan perbelanjaan kerajaan seperti didakwa.
“Mereka ini memang tidak boleh tengok orang Melayu lebih sedikit dalam sesuatu.
Kita (Melayu) memang ramai dalam sektor awam, jadi mereka cuba untuk
mengurangkan penguasaan kita dalam sektor tersebut,” kata Zulkifli (
kiri)
dipetik
Utusan.
Akhbar itu juga memetik Senator Ezam Mohd Noor berkata, DAP bersikap rasis dan
menanam kebencian terhadap orang Melayu dan asas negara.
No comments:
Post a Comment