Friday, November 18, 2011

KISAH SEORANG LELAKI YANG KEJAM TERHADAP ISTERINYA



Ini adalah kisah nyata tentang seorang lelaki yang hidup di sebuah bandar kecil di White Oak, Georgia, Amerika. Lelaki ini menikahi seorang wanita yang cantik dan baik, sayangnya dia tidak pernah menghargai isterinya. Dia tidak menjadi seorang suami dan ayah yang baik. Dia sering pulang malam-malam dalam keadaan mabuk, lalu memukuli anak dan isterinya.


Satu malam dia memutuskan untuk mengadu nasib ke kota besar, New York. Dia mencuri wang tabungan isterinya, lalu dia naik bas menuju ke utara, ke kota besar, ke kehidupan yang baru. Bersama-sama beberapa temannya dia memulakan perniagaan baru. Untuk beberapa ketika dia menikmati hidupnya. Sex, Judi, Dadah. Dia menikmati semuanya. Bulan berlalu. Tahun berlalu.
Perniagaan gagal, dan ia mulai kekurangan wang. Lalu dia mula terlibat dalam perbuatan jenayah. Beliau menulis cek palsu dan menggunakannya untuk menipu wang orang. Akhirnya pada suatu saat, dia tertangkap. Polis menghumban dia ke dalam penjara, dan pengadilan menghukum dia tiga tahun penjara. Menjelang akhir masa penjaranya, dia mula merindukan rumahnya. Dia merindukan isterinya. Dia rindu keluarganya.

Akhirnya dia memutuskan untuk menulis surat kepada isterinya, untuk menceritakan betapa menyesalnya dia. Bahawa dia masih mencintai isteri dan anak-anaknya. Dia berharap dia masih boleh kembali. Namun dia juga mengerti bahawa mungkin sekarang sudah terlambat, oleh kerana itu dia menamatkan suratnya dengan menulis, “Sayang, engkau tidak perlu menunggu aku. Namun jika engkau masih ada perasaan padaku, maukah kau nyatakan? 

Jika kau masih mahu aku kembali padamu, ikatkanlah sehelai pita kuning bagiku, pada satu-satunya pohon beringin yang berada di pusat bandar.Apabila aku melalui pokok itu dan tidak menemui sehelai pita kuning, tidak apa-apa. Aku akan tahu dan faham. Aku tidak akan turun dari bas, dan akan terus menuju Miami. Dan aku berjanji aku tidak akan pernah lagi menganggu engkau dan anak-anak seumur hidupku. ”

Akhirnya hari pelepasannya tiba. Dia sangat gelisah. Dia tidak menerima surat balasan dari isterinya. Dia tidak tahu apakah isterinya menerima suratnya atau sekalipun dia membaca suratnya, apakah dia mahu mengampuninya? Dia naik bas menuju Miami, Florida, yang melewati kampung halamannya, White Oak. Dia sangat sangat gugup. Seisi bas mendengar ceritanya, dan mereka meminta kepada pemandu bas itu, “Tolong, melalui jalan White Oak, jalan perlahan lahan … kita mesti lihat apa yang akan terjadi …” Hatinya berdebar-debar saat bas mendekati pusat bandar White Oak. Dia tidak berani mengangkat kepalanya.

Keringat sejuk mengalir deras. Akhirnya dia melihat pokok itu. Air mata menitis di matanya … Dia tidak melihat sehelai pita kuning … Tidak ada sehelai pita kuning …. Tidak ada sehelai … … Melainkan ada seratus helai pita-pita kuning …. bergantungan di pohon beringin itu … Ooh … seluruh pohon itu dipenuhi pita kuning … !!!!!!!!!!!! Kisah nyata ini menjadi lagu hits nombor satu pada tahun 1973 di Amerika. Pemandu itu terus menelefon surat khabar dan menceritakan kisah ini. Seorang penulis lagu menuliskan kisah ini menjadi lagu, “Tie a Yellow Ribbon Around the Old Oak Tree”, dan ketika album ini di-keluaran pada bulan Februari 1973,menjadi hits pada bulan 
 ulan
April 1973. SumbeR

No comments:

Post a Comment