KUALA LUMPUR, 13 Nov:
PAS menggesa kerajaan mengkaji semula projek perintis guru-guru bertugas
selama sembilan jam sehari yang dilaksanakan di Melaka, Sarawak, Pahang
dan Johor.
Ahli Jawatan Kuasa PAS Pusat, Idris Ahmad ketika mengulas perkara itu berkata,
tindakan itu dilihat tidak wajar memandangkan guru memang sedia terbeban pada
masa ini termasuk tugasan selain mengajar.
"Rasional apakah guru-guru terpaksa bekerja selama 9 jam? Sebenarnya guru-guru
di Malaysia sudah sedia terbeban, bukan sahaja Pembelajaran dan Pengajaran.
"Malahan guru sudah menjadi "multi purpose" kerana semua perkara guru terpaksa
melakukan. Guru juga pemandu Ambulan jika pelajar sakit, menjadi polis trafik ketika
pelajar keluar sekolah, pengawal disiplin, pegawai kewangan kalau ia guru kelas,
menjadi kerani untuk masuk markah," katanya dalam satu kenyataan kepada
Harakahdaily.
Menurut Idris, Kementerian Pelajaran sepatutnya mencari jalan untuk menyenangkan
guru-guru supaya mereka berada di zon selesa, kerana di tangan mereka yang akan
melahirkan modal insan yang berguna untuk masa akan datang.
"Mungkin ada orang cemburu kerana guru banyak mendapat cuti berbanding dengan
mereka yang berada di pejabat. Tetapi perlu diingat tugas guru bukan sahaja di sekolah,
malahan kerja mereka berterusan sehingga balik ke rumah. Kerana kerja latihan pelajar
perlu diperiksa, persiapan mengajar perlu dibuat. Budaya ini berlainan dengan mereka
yang bekerja di pejabat, selesai sahaja waktu pejabat ia tidak perlu dibawa balik
ke rumah," katanya lagi.
Kerajaan juga ujarnya perlu membanyakkan kemudahan dan membina banyak
sekolah supaya mengurangkan bilangan pelajar di dalam sebuah kelas.
Banyak sekolah pada hari ini katanya dibina lebih 20 tahun dahulu dan sudah tidak
mampu menampung pertambahan penduduk di sekitarnya sehingga suasana
di dalam bilik kelas tidak lagi ada keselesaan kerana bilangan pelajar yanga begitu
ramai.
Beliau menasihatkan kerajaan agar tidak jadikan guru sebagai makmal percubaan,
sepertu sebelumnya ketika perlaksanaan PPSMI.
"Sekarang terdapat lambakan lebihan opsyen Sains dan Matematk seramai 26000
orang. Pihak Kementerian juga perlu selesaikan masalah graduan Universiti
Perguruan Sultan Idris yang tidak ada penempatan bertugas.
"Atas asas inilah maka Pakatan Rakyat menjanjikan RM500 sebulan kepada
guru-guru jika diberi mandat ke Putera Jaya. Ini sebagai penghormatan kepada
guru-guru yang mendidik rakyat di negara ini," katanya.
|
No comments:
Post a Comment