Wednesday, November 16, 2011

PSC: Peguam Negara beri ‘lampu hijau’ guna dakwat kekal



TERKINI @ 04:56:11 PM 16-11-2011
November 16, 2011
KUALA LUMPUR, 16 Nov — Peguam Negara memberi “lampu hijau” kepada usaha menggunakan dakwat kekal dalam pilihan raya dengan memberitahu jawatankuasa pilihan khas Parlimen (PSC) bahawa hanya memerlukan pindaan kecil dalam peraturan pilihan raya.
Penggunaan dakwat kekal merupakan salah satu tuntutan dibawa oleh Bersih 2.0.
Pengerusi PSC Datuk Seri Maximus Ongkili (gambar) berkata Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail ada memaklumkan hari ini bahawa sama ada pindaan perlembagaan ataupun perubahan kecil pada peraturan diperlukan bagi membolehkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) meletakkan tanda menggunakan dakwat kekal pada jari bagi mengelakkan pengundian lebih sekali.
Menurut salah seorang anggota panel Datuk Seri Mohd Radzi Sheikh Ahmad, pindaan ke atas Seksyen 19 Peraturan-peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya) 1981, ia boleh diadakan bila-bila masa dan hanya memerlukan perkenan Yang di-Pertuan Agong sebelum Parlimen dimaklumkan.
“Tidak perlu kelulusan Parlimen. Tiada apa yang boleh menghalang penggunaan dakwat kekal sekarang.
Laluan adalah jelas,” kata Ahli Parlimen Rasah Anthony Loke.TMI

No comments:

Post a Comment