KUALA LUMPUR: Kebahagiaan berumah tangga yang diimpikan seorang wanita selepas bersetuju berkahwin dengan duda bergelar Datuk bertahan tidak sampai tiga tahun kerana dia ditinggalkan.
Wanita itu yang hanya mahu dikenali sebagai Datin Leeya, 30, berkata sehingga kini dia tidak tahu kenapa suaminya mengabaikan nafkah zahir dan batin sedangkan lelaki itu mencintainya di awal perkahwinan.
“Bergelar Datin di usia muda bukan sesuatu yang dibanggakan, malah mengundang kesengsaraan jiwa selepas suami langsung tidak menyentuh saya hampir dua tahun lalu selepas berbaik semula dengan bekas isteri,” katanya ketika ditemui, baru-baru ini.
Mengimbas apa yang berlaku, Leeya berkata, dia berkahwin dengan duda anak tiga berusia 50 tahun itu beberapa bulan selepas lelaki terbabit bercerai pada 2009.
“Sebelum ini kami berkawan dan saya menjadi tempat dia meluahkan masalah rumah tangga. Sebagai kawan, saya hanya memberi nasihat sehingga dia menceraikan isterinya.
“Dia mengajak saya berkahwin dan demi kebahagiaan rumah tangga saya berhenti kerja kerana tertarik dengan keperibadiannya yang baik serta bertanggungjawab,” katanya. Leeya berkata, di awal usia perkahwinan, Datuk itu mengambil berat mengenai dirinya sehinggakan diberi kemewahan termasuk kerap dibawa bercuti ke luar negara.
“Tetapi, selepas saya melahirkan anak pertama, dia mula semakin jarang pulang ke rumah atas alasan urusan kerja. Keadaan bertambah teruk ketika anak berusia tiga bulan apabila kami mula bertengkar, manakala pemberian wang saraan hidup saya semakin dikurangkan,” katanya.
Menurutnya, dia cuba menyiasat kenapa suaminya yang dulu penyayang berubah sekelip mata dan mendapati lelaki itu sudah berbaik semula dengan bekas isteri.
“Sekarang suami datang seminggu sekali itupun untuk bertemu anak. Apabila anak kami tidur, dia keluar rumah tanpa menyentuh atau melihat saya,” katanya.
Leeya berkata, dia tidak kisah suaminya berbaik semula dengan bekas isteri kerana mereka mempunyai anak, tetapi kenapa dirinya menjadi mangsa penganiayaan.
“Saya tidak merampas suami orang sebaliknya dia sudah bercerai sebelum kami berkahwin. Sekarang dia memfailkan cerai terhadap saya. Berat untuk saya menerima kenyataan ini sebab masih sayangkan perkahwinan kami,” katanya.
Mengulas perkara itu, Perunding Keluarga Islam, Datuk Mohd Zaidi Mohd Zain, berkata sebagai penasihat keluarga, beliau kerap berdepan kes sedemikian dan Datin berkenaan mempunyai hak sebagai isteri dari segi syarak.
“Apabila rumah tangga itu tidak mencapai maksud dikehendaki syarak wajar perceraian dipertimbangkan, namun sewajarnya ia diselesaikan dengan cara baik supaya tidak ada pihak menjadi mangsa penganiayaan,” katanya.

No comments:
Post a Comment