Tuesday, January 3, 2012

Gadis kecil dibunuh kejam untuk persembahan dewa

03 Januari 11

indah.com- Seorang gadis kecil dari India Lalita Tati ditemui mati dalam keadaan mengerikan di mana tubuhnya dipotong-potong, dipercayai untuk persembahan kepada dewa.

Polis daerah Bijapur, Chhattsgarh, India telah menahan dua orang petani miskin yang dipercayai terlibat dalam kes pembunuhan ini.
Mail Online melaporkan bahawa seorang pegawai polis setempat, Rajendra Narayan Das menyatakan gadis kecil itu hilang sejak Oktober 2011 lagi, dan potongan mayatnya ditemui seminggu kemudian.

Dua orang petani yang ditangkap mengaku melakukan pembunuhan itu. Mereka membunuh gadis itu untuk persembahan kepada dewa agar tanaman lebih subur dan baik.

Mereka memotong mayat gadis itu dan mengeluarkan hatinya sebagai persembahan kepada dewa.

Lalita diculik ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya selepas menonton televisyen di rumah jiran.
Polis sedang mengumpul bukti. Jika sabit kesalahan, kedua petani itu akan menghadapi hukuman bunuh atau lebih ringan  penjara seumur hidup.
foto daily mail

No comments:

Post a Comment