Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 8 Jan: Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (Gamis) menasihatkan pihak Institut Pengajian Tinggi (IPT) awam mahupun swasta di negara ini berpendirian selari dengan kenyataan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Khaled Nordin yang membenarkan mahasiswa menyertai himpunan 901 esok. Sambil menyambut baik kebenaran oleh menteri itu, Presidennya Akram Ikrami Taib Azamudden dalam satu kenyataan berkata, ianya sejajar dengan semangat pindaan yang akan berlaku kepada AUKU 1971. "Gamis menyarankan kepada seluruh pentadbiran universiti agar menyambut kenyataan dari KPT berhubung kebenaran untuk menyertai himpunan 9 Januari nanti. "Ini sejajar dengan semangat pindaan yang akan berlaku kepada AUKU 1971. Sepatutnya pentadbiran universiti menunjukkan kebersamaan dengan KPT," katanya. Semalam, Datuk Seri Khaled Nordin dilaporkan berkata mahasiswa IPT dibenarkan untuk menyertai himpunan 901 di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Isnin ini. Katanya, jika perhimpunan tersebut dibenarkan pihak polis dan sah di sisi undang-undang, ianya tidak mendatangkan masalah. “Dalam semangat pindaan yang akan berlaku kepada AUKU 1971, saya percaya universiti tidak seharusnya mengambil sebarang tindakan terhadap staf mereka dan penuntut.”, ujarnya sebagai mengulas kenyataan Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur semalam. Sebelum ini, pentadbiran Universiti Malaya telah mengeluarkan notis amaran akan mengambil tindakan tegas kepada pelajar mahupun kakitangan kampus itu yang menyertai himpunan tersebut. . "Di peringkat Gamis kami merasakan inilah ruang yang terbaik bagi mahasiswa untuk menilai sistem perundangan dan institusi kehakiman negara dalam masa yang sama, mereka turun ke perhimpunan tersebut bukan atas ‘tiket’ mahasiswa tetapi atas ‘tiket’ rakyat Malaysia yang mempunyai hak untuk mengundi dalam pilihanraya," tegas Akram. |
Sunday, January 8, 2012
Line clear. JOM ! Himpuan 901: IPT perlu seiring dengan Menteri
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment