Aziz Muda, |
KUALA LUMPUR, 12 Jan: Penyokong-penyokong kuat Umno BN kini sepatutnya berfikir panjang dan malu untuk terus menyokong parti itu, memandangkan majoriti anak-anak muda ternyata langsung tidak menaruh sebarang kepercayaan kepada parti itu lagi untuk memerintah negara dengan baik.
Malah bagi golongan muda, pelbagai masalah yang berlaku dalam Umno BN sudah tidak lagi mampu ditutup oleh parti itu, apatah lagi dengan munculnya isu-isu baru yang membabitkan pengaliran wang rakyat ke dalam khazanah kekayaan keluarga mereka.
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Mujahid Yusof Rawa (gambar) berkata, kehilangan kepercayaan rakyat terhadap para pemimpin Umno BN sememangnya berpijak di atas dasar yang kukuh jika dirujuk kepada permasalahan yang berlaku di dalam parti itu sejak dulu.
Menurutnya, antaranya termasuk yang membabitkan rasuah, penyalahgunaan kuasa dan krisis kepimpinan beramanah, sehingga mencetuskan pelbagai isu yang gagal diselesaikan oleh Umno BN termasuk yang melibatkan politik, ekonomi, pendidikan dan sosial.
Katanya, malah terbaru muncul pula isu NFC, penyenaraian FGVHSB yang membabitkan Felda dan penyalahgunaan wang zakat yang membabitkan seorang menteri.
"Ketika orang ramai sedang menunggu untuk melihat perubahan ke arah yang lebih baik dalam Umno BN, tiba-tiba muncul pula skandal NFC, penyenaraian FGVHSB dan penyalahgunaan wang zakat.
"Kesemua itu isu besar yang membabitkan masalah wang rakyat dan krisis kepimpinan beramanah. Jadi macam mana orang boleh mempercayai parti itu lagi?" katanya ketika dihubungi Harakahdaily, di sini, hari ini.
Isu-isu yang membabitkan kepentingan negara dan amanah kepimpinan, menurut beliau, sememangnya perkara penting yang perlu diatasi dengan baik oleh para pemimpin yang beramanah.
Katanya, walaupun kesemua itu hanya dipandang sebelah mata oleh para penyokong tegar Umno BN, tetapi tidak pula sedemikian bagi golongan muda.
"Malah bagi golongan muda, pemimpin seperti itu tidak sepatutnya diberi ruang untuk terus memerintah negara. Sebaliknya, mereka perlu digantikan dengan pemimpin-pemimpin lain yang lebih beramanah, bertanggungjawab dan berwibawa.
"Pemimpin-pemimpin seperti yang dikehendaki oleh golongan muda itu tiada dalam Umno BN, kecuali dalam PAS dan Pakatan Rakyat. Itulah sebabnya mereka ingin menukarkan BN kepada Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 nanti," katanya yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar.
Kesedaran sedemikian tinggi di kalangan golongan muda itu, katanya, perlu difahami oleh para penyokong tegar Umno BN dan arus kesedaran itu pula pasti gagal dibendung lagi oleh mereka.
"Ini antara lain boleh dirujuk kepada kewujudan sebuah NGO yang dipelopori golongan muda yang dinamakan Asalkan Bukan Umno (Abu) yang jelas menolak Umno dalam kehidupan mereka, akibat kebencian mereka terhadap sikap buruk para pemimpin parti itu sendiri yang penuh dengan rasuah dan kronisme," tegasnya.
Beliau berpendapat, jika para penyokong Umno BN tidak juga menyedari perkara itu, mereka patut malu kerana kebangkitan golongan muda bagi melakukan perubahan di negara ini sememangnya menjadi satu tamparan yang amat hebat kepada mereka.HarakahDaily

No comments:
Post a Comment