Wednesday, February 8, 2012

"I trust you, you trust me" - Najib mahu kaum India jadi rakan kongsi kerajaan


7 Februari 2012
najib-thaipusam
KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu masyarakat India di negara ini menjadi rakan kongsi kerajaan berasaskan konsep 'nambikei' iaitu kepercayaan untuk memastikan program transformasi dapat terus dilaksanakan dan mencapai misi ke arah negara berpendapatan tinggi.

Katanya dengan adanya rakan kongsi berkonsepkan 'nambikei', banyak lagi yang boleh dilakukan untuk pembangunan rakyat, termasuk masyarakat India.

"Dengan adanya konsep ini, tidak ada masalah yang tidak dapat diselesaikan.

"I trust you, you trust me" katanya pada sambutan perayaan Thaipusam di Batu Caves di sini hari ini.

Hadir sama ialah isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang juga Presiden MIC Datuk Seri G. Palanivel dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishanmuddin Tun Hussein.- Bernama
www.sinarharian.com.my

No comments:

Post a Comment