Wednesday, February 8, 2012

‘Tukang tilik’ bekas presiden dipenjara 6 tahun

TAIPEI: Seorang remaja yang menjadi terkenal kerana cuba menipu bekas Presiden Chen Shui-bian dijatuhi hukuman penjara enam tahun kerana menipu AS$200,000 (RM600,000) daripada syarikat kad kredit, American Express.

Huang Chao-kang, 19, didapati bersalah kerana memalsukan dokumen untuk menyamar sebagai anak seorang jutawan tempatan bagi memperoleh kad eksklusif, Kad Centurion yang juga dikenali sebagai kad hitam daripada American Express tahun lalu.

Huang yang juga dikenali sebagai Huang Chi didapati mengguna dan menuntut kira-kira AS$200,000 dengan mengguna kad berkenaan menerusi sebuah syarikat palsu yang diasaskannya sebelum ditangkap tahun lalu.

Remaja itu menjadi terkenal pada 2008 selepas ditangkap atas tuduhan menipu setelah muncul di televisyen untuk bercerita mengenai perbuatannya menipu bekas Presiden Chen dengan menyamar sebagai tukan tilik nasib. - AP

No comments:

Post a Comment