February 28, 2012
PETALING JAYA, 28 Feb — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sepatutnya menjelaskan mengapa anak syarikat FELDA yang berpengelaman 11 tahun dalam penternakan lembu terlepas pandang semasa projek Pusat Fidlot Nasional (NFC) diberikan kepada dua syarikat pada 2008, kata pemimpin PKR hari ini.
Projek bernilai RM250 juta diberikan kepada syarikat milik keluarga atuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, Agro Science Industries Sdn Bhd dan Lambert Sdn Bhd.
“Jawatankuasa pemilihan syarikat bagi NFC dipengerusikan Datuk Seri Najib Razak. Beliau harus menjelaskan bagaimana beliau bercakap soal perjuangan kepada FELDA mengenai penyenaraian tetapi tidak memberikan projek yang boleh menguntungkan peneroka,” kata Pengarah Strategik PKR Rafizi Ramli, merujuk Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan di bawah jabatan perdana menteri.
Beliau (gambar) berkata “FELDA mempunyai tanah dan mereka memerlukan nilai tambah ke atas operasi mereka sehingga mereka sering berkata tentang kejayaan memelihara lebih 30 ekor lembu,” satu rujukan kepada NFC yang mensasarkan 8,000 ekor lembu.PKR mengedarkan kepada pemberita maklumat kewangan Felda Farm Product Sdn Bhd pada 2010, dengan pendapatan RM9.6 juta.
Di bawah Rancangan Malaysia ke-9 pada 2006, NFC diletakkan sebagai projek bernilai tinggi dengan objektif mencapai 40 peratus pengeluaran daging lembu pada 2010. Agro Science menyediakan 2,000 ekar tanah manakala Lambert mengambil 200 ha.
Lima syarikat lain yang mengemukakan bidaan dalam tender terhad pada 2004 atau 2005 bukan calang-calang.
Agro Science Industries kemudian mewujudkan Pusat Fidlot Corporation (NFCorp) untuk menjalankan projek itu, yang dipengerusikan Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail, suami kepada Shahrizat.
Selain itu tiga anak Shahrizat memegang jawatan eksekutif di syarikat itu.
NFC mula menjadi topik hangat setelah syarikat itu tersenarai dalam Laporan Tahunan Ketua Audit Negara 2010.
NFCorp berulang kali dituduh PKR menggunakan dana kerajaan RM250 juta untuk perkara lain seperti pembelian beberapa unit-unit kondominium mewah di Bangsar dan Singapura, tanah di Putrajaya dan perjalanan umrah peribadi.
Terbaru Bukit Aman mengesyorkan Peguam Negara agar mendakwa pengarah NFCorp atas kesalahan pecah amanah dan penipuan.
The Malaysian Insider
No comments:
Post a Comment