Pemimpin kesatuan dan perwakilan profesional yang menganggotai Lembaga Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) diminta membuat penjelasan sekiranya mereka membantah rancangan kerajaan bagi menggunakan dana RM1.5 bilion KWSP membiayai skim perumahan kos rendah dan mampu dimiliki untuk rakyat.
"Kami gesa Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) sebagai ahli dalam Lembaga KWSP untuk ambil pendirian rasmi bagi membantah salah guna dana itu. Presiden MTUC, Mohd Khalid Atan menganggotai lembaga itu bersama tiga lagi orang bagi mewakili pihak pekerja.
"Mereka yang lain ialah Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) Loke Yim Pheng, Hadiah Leen dari Kesatuan Pekerja Bank Sarawak (SBEU) dan setiausaha agung Kesatuan Pekerja Perdagangan Sabah (SCEU) Azlin Awang Chee," kata setiausaha publisiti DAP Tony Pua (atas, kanan) dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut beliau lagi, tiga perwakilan profesional lain yang turut menganggotai lembaga KWSP ialah Lee Lam Thye, Heng Hock Cheng dan Halim Din. Mereka juga kata Pua perlu membuat jelas berhubung pendirian mereka berhubung skim perumahaan itu.
Isnin lalu, akhbar The Sun melaporkan bahawa dana KWSP sebanyak RM1.5 bilion akan disalurkan untuk "skim pembiayaan mudah" bagi penjualan rumah-rumah di bawah Program Perumahan Rakyat (PPR) Majlis Tindakan Ekonomi Negara dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
"Wakil-wakil mesti menyuarakan bantahan mereka yang terhadap skim pinjaman perumahan itu kerana ia akan meletakkan simpanan pekerja Malaysia pada risiko tinggi dan tindakan berkenaan juga melanggar Akta KWSP.
Memetik laman web KWSP, Pua berkata, tujuan dana berkenaan ini adalah untuk mengurus dan menambahkan simpanan ahlinya secara berhemah, selaras dengan amalan terbaik pelaburan dan korporat.
"Oleh itu, ia tidak harus dieksploitasi dan diambil risiko dengan program perumahan kos rendah untuk individu yang penilaian kredit dianggap lemah," katanya.
Sebelum ini, Pua berkata meskipun DAP menyokong inisiatif kerajaan menyediakan skim perumahan kos rendah dan mampu dimiliki untuk rakyat, namun, program tersebut tidak perlu dibiayai oleh KWSP.
Ini kerana, katanya misi KWSP adalah untuk menjamin 11 juta warga kerja Malaysia mempunyai wang hasil titik peluh mereka selepas bersara manakala tugas utama KWSP adalah memaksimumkan pulangan dengan pelaburan yang paling rendah risikonya. Malaysiakini

No comments:
Post a Comment