posted by indah.com
Kisahnya di Hebei, Cina .Miss Wu, nama si gadis yang sudah meninggal itu, dijual oleh orang tuanya kepada Tuan Liu, saudara laki-laki pengantin lelaki yang juga sudah menjadi mayat. Tuan Liu berfikir bahawa Miss Wu merupakan pasangan yang sesuai bagi saudaranya yang baru saja meninggal. Dia pun membayar sekitar 35,000 yuan untuk mayat Wu dan mengatur upacara minghun (pernikahan antara-mayat), dimana pasangan pengantin bahagia itu dikuburkan bersama-sama.
Namun, ternyata kebahagiaan keduanya tidak berlangsung lama. Miss Wu ternyata dicuri oleh pencuri kuburan dan dikahwinkan dengan lelaki lain dengan harga diskaun 30,000 yuan kerana keadaan Miss Wu sudah agak membusuk. Tahu saudara iparnya telah dicuri, Tuan Liu marah. Setelah disiasat, akhirnya pencuri kuburan pun tertangkap. Mereka terdiri dari lima lelaki.
Di Cina, ada satu tradisi untuk menikahkan orang yang telah mati kerana mereka memberlukan seorang isteri untuk masuk ke akhirat. Hal ini m . Bisnes ini boleh mendapatkan keuntungan besar, sehingga membuat orang gelap mata dan rela untuk mencuri mayat di kuburan, atau bahkan membunuh, demi mendapatkan mayat untuk dijadikan pengantin.
Pada tahun 2006, ada seorang yang bernama Song yang telah membunuh 6 orang wanita dan menjualnya sebagai pengantin. Dia memberikan kesaksian kepada polis bahawa dia telah membunuh dan menjual tubuh mereka untuk dijual menjadi pengantin. Song memilih untuk membunuh terlebih dahulu kerana menurutnya lebih mudah untuk membunuh daripada mencuri mayat
sumber: Anorak
No comments:
Post a Comment