Thursday, February 23, 2012

MB Pakatan Rakyat (PR) dinafikan menghadiri Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri ke-114 adalah tidak profesional.

Khalid kecewa Najib ketepi MB, KM Pakatan
Wartawan Sinar Harian
23 Februari 2012
Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim
SHAH ALAM – Tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak  tidak memanggil Menteri Besar dan Ketua Menteri dari negeri Pakatan Rakyat (PR) menghadiri Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri ke-114 adalah tidak profesional.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, sikap beliau bukan sahaja membuktikan konsep 1Malaysia yang dipromosikan hanya sekadar gimik politik tetapi juga memberi kesan buruk kepada proses transformasi yang ingin dilakukan beliau.

Menurutnya, Najib tidak sepatutnya bertindak sedemikian kerana rakyat Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan menyumbang lebih dari setengah hasil ekonomi Malaysia.

“Kerajaan Negeri Selangor menyeru Perdana Menteri untuk membuat satu penjelasan kepada media bahawa mesyuarat tersebut adalah sebenarnya Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri Barisan Nasional.

“Adalah amat tidak profesional untuk Perdana Menteri mengetepikan peranan Menteri Besar dan Ketua Menteri dari Pakatan Rakyat dalam satu mesyuarat yang membincangkan kebajikan rakyat,” katanya dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan semalam.

Selasa lalu, Mohd Najib mempengerusikan mesyuarat berkenaan yang diadakan di Putrajaya.

No comments:

Post a Comment