Monday, February 27, 2012

Pas: Biar PKR selesai isu Badrolamin

ROBIATULADAWIYAH ABD RASHAD
27 Februari 2012
salahudin-ayub
KUALA LUMPUR - Pas tidak masuk mencampuri isu Pengarah Penerangan Selangor, Dr Badrolamin Bahron, yang ditangkap oleh Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) di Kuantan, kelmarin.

Naib Presidennya, Salahudin Ayub berkata, Pas menyerahkan sepenuhnya kepada PKR untuk menyelesaikan perkara itu.

"Biarlah PKR yang selesaikan. Pas tak mahu masuk campur.

"Siasatan pun masih dijalankan, lebih baik mereka (PKR) selesai sendiri," katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di ibu pejabat Pas Pusat hari ini.

Badrolamin, yang juga anggota Majlis Pimpinan Pusat PKR, petang ini hadir di pejabat Jaip untuk membantu siasatan.


Sinar Harian

No comments:

Post a Comment