23 Februari 2012
Pengarah Pilihan Raya PKR, Fuziah Salleh berkata, ia dapat dilihat apabila berlaku pertambahan pengundi baru sehingga 35 peratus, terutama di kawasan dimenangi pembangkang majoriti rendah.
Kata Fuziah, pihaknya juga turut mengesan ‘sesuatu yang tidak kena’ apabila SPR memaparkan data-data nama yang tidak munasabah dan pada masa sama menyembunyikan nama-nama berkenaan.
“Saya ambil contoh yang berlaku di Parlimen Subang, dalam masa empat tahun pengundi telah bertambah lebih 30 peratus. Pengundi baru pada 2004 misalnya, seramai 29,564 telah meningkat kepada 36,311 orang dalam dua tahun.
“Ini mengelirukan apabila SPR juga tidak mempamerkan nama 3,364 pengundi di Parlimen Subang dengan alasan ada beberapa perubahan. Kami dapati, nama daftar pemilih telah mencecah 110,614 orang daripada 84,414 dalam masa singkat,” katanya di Ibu Pejabat PKR di Tropicana, semalam.
Hadir sama, Ahli Parlimen Subang, R Sivarasa.
Memberitahu mengenai sebab Selangor sahaja menjadi tumpuan pengundi baru, kata Ahli Parlimen Kuantan itu, BN mahu 28 hingga 30 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) dengan mengambil kawasan yang dimenangi sekitar 500 majoriti oleh Pakatan Rakyat (PR) untuk menubuhkan kerajaan.
“Sebenarnya bukan Selangor, malah Perak menjadi tumpuan dan kami akan membuat pendedahan tidak lama lagi. Ini bukan perkara baru apabila Parlimen Pekan (ditandingi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak) sebelum ini telah mendapat lebih 9,000 pengundi pos yang terdiri daripada tentera selepas persempadanan semula dilakukan.
“Di Parlimen Hulu Selangor ada pengundi dari Dun dan Parlimen lain mengundi sedangkan mereka tidak pernah menukar alamat,” katanya.
Menurut Fuziah, tindakan ini menunjukkan, SPR telah melanggar peraturan Belah Bahagi yang dibuat badan itu apabila memasukkan nama pemilih dari kawasan lain ke Parlimen Subang semata-mata mahu menumbangkan calon PKR.
“Semua dilakukan tanpa pengetahuan pemilih dan SPR telah melanggar peraturan Belah Bahagi apabila mencantumkan dua daerah mengundi yang kecil ke dalam sempadan kawasan lain. Kami mahu mereka bertanggung jawab.
“Jika SPR gagal berbuat demikian, Pakatan akan mendesak mereka mengambil pemerhati luar untuk melihat perjalanan pilihan raya akan datang,” katanya.
www.sinarharian.com.my
No comments:
Post a Comment