23 Februari 2012
Pengerusi Biro Agamanya, Dr Muhammad Nur Manuty berkata, ia selaras dengan pendirian Kerajaan Arab Saudi.
Beliau menarik perhatian mengenai kenyataan Menteri Luar Arab Saudi, Putera Saud Al Faisal, bahawa Israel tidak patut merampas tanah yang bukan haknya, sementara mahukan keselamatan bagi negara Israel.
Namun, jika Israel beri hak Palestin, negara Arab akan menamatkan perang dan akan menjamin keselamatan Israel.
“Raja Abdullah dari Jordan juga mempunyai pendirian yang sama,” katanya pada ceramah mengenai isu Israel dan penjelasan Anwar, di Taman Seri Gombak, semalam.
Muhammad Nur juga menjelaskan kupasan ulama terkenal, Syeikh Yusof Al Qardhawi, mengenai rakyat negara Arab yang tidak memusuhi Israel kerana agama, tetapi berharap rundingan dengan Israel dapat membebaskan Palestin kerana bumi Palestin terlalu lama menderita sejak dijajah pada tahun 1948 lagi.
Beliau mendakwa Yusof Qardhawi juga berpendapat tidak salah bagi negara Arab berunding dengan Israel kerana pada zaman Nabi Muhammad SAW pun terdapat rundingan antara orang Islam dan orang Yahudi untuk berdamai, tetapi mereka melanggar syarat perjanjian.
www.sinarharian.com.my
No comments:
Post a Comment