posted by indah.com on 22 Feb 2012
Seorang remaja, Austin Smith berusia 15 tahun asal Michigan, Amerika Syarikat , mampu mengangkat sebuah kereta seberat satu ton, untuk menyelamatkan datuknya yang tersepit di bawah kereta tersebut.
Mulanya Austin Smith, bersama dengan datuknya, Ernest "Papa Ernie" Monhollen sedang bersama-sama memperbaiki kereta Buick tahun 1991, di rumah datuknya yang terletak di Ida Township, Amerika Syarikat, pada hari Sabtu (18/2/2012).
Ketika datuknya sedang memperbaiki bahagian bawah kereta, tiba-tiba penyangga badan kereta terlepas dan mengakibatkan kereta seberat satu ton tersebut jatuh menimpa datuknya.
"Saya begitu takut, saya tidak tahu apa nak buat," ujar Austin, seperti laporan Upi.com, Selasa (22/2/2012).
Dengan tiba-tiba , Austin kemudian menyambar ujung depan kereta dan mampu mengangkatnya sehingga datuknya dapat keluar dari situasi genting tersebut.
"Mungkin kerana adrenalin, maksudku, aku tidak boleh melakukannya sekarang," katanya.
Setelah berhasil keluar dari bawah kereta, Ernest, dikejarkan ke rumah sakit kerana luka serius pada wajahnya, tulang rusuk patah, dan rongga mata retak.
"Syukurlah dia ada di sini kerana jika tidak, hanya saya dan neneknya, saya sudah berakhir," kata Ernest.

No comments:
Post a Comment