(Oleh: Mohd Martin Kahar)
KUALA LUMPUR, 13 Mac: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta penjelasan berkenaan tindakan kerajaan membelanjakan kos terlalu tinggi semata-mata mendapatkan khidmat konsultan berhubung pelaksanaan Skim Baru Perkhidmatan Awam yang kini dbatalkan pelaksanaannya.
“Tidak perlu dibebankan peruntukkan kewangan besar untuk mendapat khidmat konsultan kemudiaan dengan kos yang begitu tinggi, kemudian kembali untuk menangguhkannya,” ujarnya di Parlimen pagi tadi.
Dalam ucapan yang sama, Ketua Umum KEADILAN itu turut mempertikaikan pendirian tidak tetap kerajaan mengenai pelaksanaan SBPA.
Menurutnya, keputusan melaksanakan SBPA dibuat secara tergopoh gapah sehingga menimbulkan keresahan di kalangan penjawat awam.
“Mengapa kerajaan dari awal tidak memanggil Ceupacs untuk berbincang berhubung pelaksanaan SBPA. Usul awal yang dikemukakan dahulu jelas menunjukkan cadangan ini tidak memahami hasrat pegawai awam di peringkat menengah dan rendah,” katanya.
Datuk Seri Najib Razak 8 Mac lalu mengumumkan Skim Saraan Baru Penjawat Awam (SBPA) dibalkan dan Skim Saraan Malaysia (SSM) dikembalikan dengan penambahbaikan.
Sebelum ini, SBPA menerima tentangan hebat, khususnya dari Cuepacs yang tidak bersetuju dengan penyelarasan gaji di bawah skim berkenaan dan mahu mahu gaji kumpulan yang menikmati kenaikan tinggi dikurangkan dan disalurkan kepada gred bawahan.
Misalnya, pegawai kerajaan berpangkat Turus dan Jusa dikatakan bakal menerima kenaikan gaji sebanyak 500 peratus dan 100 peratus, manakala di peringkat kakitangan pelaksana pula hanya mendapat kenaikan 7 peratus hingga 13 peratus.
Short URL: http://www.keadilandaily.com
No comments:
Post a Comment