Monday, March 26, 2012

Atlit wanita Saudi pertama ke Olimpik

harian metro
DUBAI: Arab Saudi menimbang menghantar atlit wanitanya ke Sukan Olimpik tahun ini, kali pertama dalam sejarah negara itu.

Langkah itu diambil selepas mendapat kritikan pelbagai pihak.

Pembabitan wanita secara terbuka dalam acara sukan amat sensitif di negara berkenaan yang sehingga ini masih melarang golongan itu memandu kenderaan. Akhbar al-Sharq kelmarin melaporkan, peserta acara ekuestrian, Dalma Malhas, 18, mungkin menjadi atilit pertama Arab Saudi mengambil bahagian dalam temasya Olimpik yang akan berlangsung di London tahun ini.

Dalma pernah memenangi pingat gangsa di Olimpik Remaja Singapura 2010. - AFP

No comments:

Post a Comment