Thursday, March 15, 2012

Daim: Najib perlu undur jika gagal dapat lebih kerusi


Umno akan menyingkirkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak jika beliau gagal memperbaiki pencapaian BN pada pilihan raya umum akan datang, kata bekas menteri kewanganTun Daim Zainuddin.

daim zainuddin"Mendapatkan semula majoriti dua pertiga adalah wawasan yang baik tetapi (Najib) perlu lebih praktikal ... jika, malangnya, beliau kehilangan banyak kerusi, Umno akan menggulingkannya. Ini politik," kata veteran Umno itu.

Dalam wawancara eksklusif dengan akhbar Cina Sin Chew Daily, Daim menjelaskan bahawa amalan menyingkirkan pemimpin yang gagal menang pada pilihan raya adalah trend global, dan bukan hanya terhad kepada Umno.

Katanya, jika ekonomi negara kukuh, dan Umno bersatu, maka Najib akan mempunyai kelebihan pada pilihan raya umum akan datang.

"Tetapi ini tak bermakna Najib akan pasti menang. Seperti bermain tenis, awak masih perlu untuk bermain bersungguh-sungguh untuk menang. Walaupun awak mempunyai kelebihan, awak tidak boleh mampu membuat kesilapan. Setiap kesilapan akan menyebabkan awak kalah "

Sekiranya, Najib berundur sebagai presiden Umno, Daim berkata, pengganti beliau mungkin akan ditentukan oleh ahli Umno melalui pemilihan parti.

NONEWalaupun secara konvensional timbalan presiden akan menjadi presiden, namun kata beliau, mungkin terdapat pemimpin lain yang akan mencabar untuk untuk jawatan presiden kali ini, kerana semua orang bercita-cita untuk menjadi Perdana Menteri.

No comments:

Post a Comment