Monday, March 19, 2012

Dua Jururawat Uruguay Ditangkap Setelah Meracuni 200 Pesakit

Posted by Rafly Rindengan on Mar 19, 2012

Maciel

Unit kardiologi Rumah Sakit Maciel, yang dipercaya polis sebagai tempat dimana puluhan pesakit dibunuh

Dua orang jururawat ditangkap pihak keselamatan setempat kerana membunuh 200 pesakit.
Kedua lelaki yang masing-masing berusia 49 dan 36 tahun tersebut ditahan polis setelah melakukan penyelidikan selama dua bulan di ibu kota Montevideo.

Polis menduga bahawa pekerja rumah sakit itu membawa racun dari Brasil dan memberikannya kepada pesakit yang dalam keadaan keritikal.
Pembunuhan dipercayai terjadi di unit kardiologi Rumah Sakit Maciel dan di unit perawatan intensif.

Hakim Rolando Vomero, yang menangani kes ini, mengatakan kepada surat khabar El Observador bahawa staf rumah sakit dan keluarga korban yang dipercayai diracun keduanya melaporkan kes ini.

Tidak diberikan perincian tentang tuduhan tersebut, namun ia mengatakan sedang melakukan penyiasatan sendiri dan menyatakan ‘keprihatinan mendalam’ atas kejadian itu.
Beberapa laporan mengatakan tersangka mengatakan bahawa mereka melakukan ini dengan ‘alasan kemanusiaan’. Namun, diyakini tidak semua pesakit yang mereka ‘bunuh’ menderita sakit parah.

Kedua orang, yang tampaknya tidak bekerja sama ini identitinya masih dirahasiakan oleh pihak berwajib setempat.
Menurut laporan media di Uruguay, sekitar 50 orang maut melalui kombinasi ubat yang diberikan serta prosedur lain.

Menurut laporan Vladimir Hernandez dari BBC, salah satu juru cakap rumah sakit yang terlibat mengatakan bahawa kematian adalah konsekuensi dari perilaku psikopat dan bukan praktek umum di lembaga medis itu.

Manado Today

No comments:

Post a Comment