Monday, March 19, 2012

Sultan syukur Selangor kekal negeri maju

Harakahdaily, 19 Mac 2012

SHAH ALAM, 19 Mac: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah melahirkan rasa bersyukur apabila Selangor berjaya mengekalkan status negeri maju di negara ini.

Menurut baginda lagi, kejayaan ini merupakan berkat usaha gigih kerajaan dan rakyat, dalam pada itu kerajaan negeri perlu berusaha dan tindakan untuk mengagih hasil pembangunan dan limpah rezeki kepada rakyat hendaklah dilakukan secara adil.

Sultan Selangor turut menyatakan bahawa ekonomi Selangor terus merekodkan pertumbuhan positif tahun 2011 walaupun dengan persekitaran luar yang sangat mencabar.

"Keluaran dalam Negara Kasar (KDNK) negeri masih berjaya dicatak pada 5.9 peratus dibantu peningkatan dalam penggunaan domestik dan pelaburan swasta merangsang eksport output dan komoditi.

"Aliran masuk pelaburan langsung asing (FDI) dijangka seperti insentif cukai dan langkah liberalisasi untuk menarik pelaburan terutama sektor perkhidmatan," titah baginda merasmian Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Sidang Dewan Negeri Selangor kali Ke dua belas, hari ini.

Baginda turut bertitah, sebagai negeri penyumbang terbesar kepada KDNK negara dengan anggaran 22 peratus, Selangor perlu memainkan peranan yang lebih agresif dalam meningkatkan pelaburan domestik dan asing masuk ke dalam negeri.

Tambah baginda lagi, jumlah pelaburan tahun 2011 dicatatkan sebanyak RM8.74 bilion dengan 263 projek berjaya dimajukan serta membuka peluang pekerjaan baru kepada lebih 15 ribu rakyat Selangor untuk bekerja di pelbagai sektor pekerjaan.

"Pencapaian ini mesti diteruskan dan dipertingkatkan dari masa ke semasa demi meningkatkan hasil negeri untuk keerjahteraan dan keharmonian rakyat Selangor.

"Semua pihak (Ahli Dewan Undangan Negeri) perlu memberi kerjasama yang lebih erat dan bekerja sama dengan Menteri Besar dan kerajaan negeri tanpa menjadikan perbezaan politik sebagai penghalang untuk menjayakan usaha-usaha murni yang dilaksanakan oleh kerajaan bagi kebajikan seluruh rakyat Selangor," titah baginda lagi.

Selangor sebagai kerajaan pintar atau smart goverment

Untuk menghadapi cabaran mendatang, pentadbiran kerajaan mesti mempu mengurusakan perubahan dengan cekap, Kerajaan Negeri Selangor perlu menjadi sebuah kerajaan pintar atau smart goverment yang mampu memenuhi amanah dan mandat rakyat denmgan sebaik-baiknya, jelas Sultan Selangor melalui titahnya.

"Cara kerja kerajaan perlu mengambil manfaat daripada teknologi, inovasi dan penemuan-penemuan terkini yang releven dari seluruh negara.

"Kerajaan perlu membuka ruang agar aktiviti ekonomi digerakkan oleh individu dan syarikat tanpa campur tangan berlebihan, kerajaan sekadar bertanggungjawab memberi galakan dan juga merupakan benteng pelindung kepada rakyat melalui penggubalan dan kuatkuasa peraturan-peraturan yang perlu," titah baginda lagi.

Menteri Besar mampu memartabatkan Agama Islam dan umat Islam di Selangor

Sultan Selangor turut percaya dengan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang memegang jawatan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Agama Islam dalam Mesyuarat Kerajaan Negeri mampu memartabatkan lagi Agama Islam dan umat Islam di Selangor.

"Cara kerja yang profesional dapat menangkis segala fitnah dan tuduhan jahat sekaligus membuktikan kemampuan sebenar sistem Islam.

"Perhatian serius kepada usaha memajukan umat Islam ini tidak pernah menjadi alasan untuk mengabaikan atau meminggirkan rakyat negeri ini," titah baginda.

Sebagai Ketua Agama Negeri, Sultan Selangor turut mahu pentadbiran kerajaan memberi perhatian serius terhadap usaha meningkatkan kauliti hidup umat Islam, malah bagi memajukan umat bidang pendidikan dan ekonomi mesti menjadi keutamaan.

Kekuatan dalam dua bidang ini adalah benteng sebenar mempertahankan akidah dan maruah umat Islam.

Pertahankan tanah rizab melayu

Melalui titah tersebut, Sultan Selangor turut menitah agar tanah rizab melayu mesti dipatuhi mengikut peruntukan Perlembagaan, baginda tidak mahu mana-mana pihak melakukan tindakan tidak bertanggungjawab dengan cuba memindahkan tanah rizab melayu kepada individu atau syarikat bukan melayu.

"Kerajaan Negeri Selangor dan kakitangan kerajaan yang terlibat dalam urusan tanah perlu sentiasa berwaspada mempertahankan tanah rizab melayu dengan memastikan tidak ada yang bertukar status.

"Demi kebajikan negeri dan rakyat, kerajaan negeri perlu mengutip hasil yang secukupnya dan menyimpan rizab yang sewajarnya untuk kegunaan semasa kecemasan," titahnya lagi.

Baginda turut difahamkan pentadbiran negeri telah dapat meningkatkan simpanan rezab negeri kepada RM1.9 bilion pada tahun 2011.

Pendapatan hasil pasir tahun 2011 RM16 juta

Sultan Selangor turut memaklumkan sistem mengutip hasil pasir memberikan pendapatan yang berganda kepada negeri, hasil yang berjaya dikutip dilihat bertambah setiap tahun secara konsisten.

Peningkatan mendadak pada tahun 2011 sebanyak RM16 juta jika dibandingkan pada tahun 2010 iaitu sebanyak RM10.3 juta, tahun 2009 RM5.4 juta, tahun 2008 sebanyak RM6.3 juta, manakala tahun 2007 hanya RM2.9 juta dan 2006 serta 2005 hanya RM4.37 juta dan RM3.54 juta.

Malah baginda turut kebenaran yang diberikan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dalam memantau pengoperasian pasir oleh Kumpulan Semesta Sdn Bhd akan dapat meningkatkan kecekapan dan pembasmian gejala rasuah di seluruh negeri ini.

No comments:

Post a Comment