"Pendirian PBRS dalam perkara ini amat jelas iaitu mengharap dan mempunyai keyakinan penuh agar kerajaan Pusat menyegerakan pewujudan RCI (Suruhanjaya Siasatan Diraja) untuk mencari penyelesaian masalah tersebut.
"Saya percaya kerajaan Pusat sedar serta memahami tentang keadaan ini dan kita mengharapkan agar penubuhan RCI akan menjadi realiti dalam masa terdekat," katanya dipetik Bernama selepas majlis ulang tahun PBRS ke-18 di Kota Kinabalu, malam tadi.
Penubuhan suruhanjaya itu adalah antara cadangan yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) mengenai pembaharuan dalam sistem pilihan raya di negara ini dalam laporan awalnya.
PSC semasa inkuiri awam yang dijalankan di Sabah pada November lalu menerima banyak aduan berhubung Projek IC.
Projek IC didakwa dijalankan sekitar tahun 1980-an dan 1990-an. Projek operasi rahsia dan bersepadu itu bertujuan memberikan kad pengenalan kepada rakyat asing dengan niat untuk mengubah demografi Sabah supaya penduduknya menyokong Umno.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak Najib semasa lawatan dua harinya ke Sabah pada 16 Februari lalu sepatutnya dikatakan membuat pengumuman berkenaan tetapi tidak berbuat demikian.
Pada ucapannya, Kurup mengajak rakyat Sabah supaya memberi kemenangan yang besar kepada BN dalam pilihan raya umum yang akan datang.
Katanya, perjuangan rakyat negeri ini belum selesai, dan ia hanya boleh dicapai melalui BN di bawah pimpinan Najib dan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman.
"Marilah kita renung bersama...Sebenarnya hasil perjuangan BN, kita semua rasai keseronokan hasil ekonomi yang terus berkembang serta keharmonian suasana yang cukup baik di kalangan semua masyarakat Malaysia," katanya.
Kurup, sehubungan itu, menyeru semua anggota PBRS di 22 bahagian supaya bersatu dan menyokong calon yang dipilih oleh pucuk pimpinan sebagai calon BN, bertanding di kawasan berkenaan.
"Marilah kita berpegang tangan untuk memberi mandat kepada BN demi kebaikan bersama," katanya.
Menurut Kurup lagi, parti itu juga akan terus mempertahankan hak asasi tanah anak tempatan, satu daripada isu yang kini hangat diperdebatkan di negeri ini.
No comments:
Post a Comment