Tuesday, March 6, 2012

Orang ramai marah polis 'tendang' motosikal remaja

Malaysiakini

Kurang dua hari disiarkan, gambar seorang anggota polis yang didakwa menendang seorang penunggang motosikal semasa sekatan jalan raya sehingga menyebabkan remaja berusia 14 tahun itu mengalami kecederaan teruk telah dikongsi oleh tidak kurang 10,000 warga maya.

NONEGambar-gambar yang dimuat-naik itu menunjukkan seorang anggota polis berpangkat koperal yang memakai jaket hijau kuning serta bercermin mata gelap hitam dan remaja yang terlentang selepas terjatuh itu menimbulkan kemarahan warga maya yang membidas apa yang disifatkan mereka sebagai keganasan polis.

Kejadian pada Sabtu lalu dikatakan berlaku di Taman Tangkak Jaya, Ledang, Johor, dan telah  dilaporkan dalam akhbar-akhbar Cina, dengan beberapa daripada mereka menyiarkan cerita itu di muka depan akhbar mereka.

Menurut akhbar Kwong Wah Jit Poh, penunggang motosikal itu yang dikenali sebagai Lim Hup Hwang menunggang motosikal tanpa memakai topi keledar pada sekitar jam 5:50 petang apabila beliau melalui sekatan jalan itu.

Ketika cuba menghentikan Lim, anggota polis berkenaan menendang motosikalnya menyebabkan remaja jatuh itu melanggar pembahagi jalan lalu terjatuh.

NONELim kemudiannya dikejarkan ke Hospital Tangkak sebelum dipindahkan ke sebuah hospital swasta di Melaka akibat kecederaan teruk pada kepala, telinga kanan, leher, kaki dan bahagian lain di badannya.

"Ini anggota polis itu! Hanya kerana adik saya tidak memakai topi keledar, dia menendang motosikalnya. Kenapa dia berbuat demikian kepada adik saya yang berusia 14 tahun apabila dia hanya boleh mengeluarkan saman?" soal kakak Lim di posting Facebook posting yang turut memaparkan gambar polis yang sedang bertugas itu.

"Adik saya koma. Beliau mengalami pembekuan darah di lehernya yang terseliuh. Pendarahan juga dilaporkan pada bahagian kepala dan di telinga. Beliau juga terpaksa menerima jahitan untuk kecederaan di seluruh badannya!"

4 comments:

  1. Bukan semua polis baik dan bukan semua polis jahat.Aku bukan nak back up polis, tp kadang2 aku rasa polis ni jadi mangsa keadaan.kawasan Tangkak tu macam pekan koboi, kebanyakan penunggang motosikal (bukan semua) x akan pakai helmet dan bawa gila2.satu lagi umur 14tahun (ada lesen ka?)..ingat budak tu nak berhenti kalau kena tahan macam tu? mesti dia blah polis tu ....

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul..kesalahan tak pakai helmet ni salah siapa ? ibu bapa? Dalam situasi ni memang tindakan polis betul. Tapi orang marah sebab dia tendang budak.

      Delete
  2. polis dari dulu kini dan selama nya bersultan di mata beraja di hati,,,, tak yah lah nak backup the polis ,,, saya cadang kan keluarga mangsa saman jer angguta polis tu ,,, biar hilang pencen dia hahahhahahahah baru dia tahu ,, ingat ni negara cowboy ke ??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dalam bab ceramah dan perhimpunan aman memang polis...tak perkataan nak cakap... sedih sangat.Apa yang pembangkang buat kebanyakan SALAH..di mata depa, di akta depa.

      Delete