April 20, 2012
KUALA LUMPUR, 20 April — DAP hari ini menyuarakan rasa kesal
terhadap pihak berkuasa kerana dikatakan gagal bertindak dengan efektif
bagi mencegah insiden samseng yang menyerang mahasiswa di Dataran
Merdeka pagi semalam.
Parti komponen Pakatan Rakyat (PR) itu juga menyelar keengganan menteri-menteri Umno-Barisan Nasional (BN) mengutuk insiden berkenaan yang mengakibatkan seorang mahasiswa dikejarkan ke hospital.
“DAP mengutuk sekeras-kerasnya insiden ini kerana ia bukan sahaja satu serangan ke atas prinsip-prinsip hak asasi manusia yang suci tetapi juga satu penghinaan secara terang-terangan kepada budaya dan nilai-nilai Malaysia.
“Malah, DAP turut menyesali kegagalan pihak polis bertindak semasa serangan biadap kepada pelajar universiti yang sedang menjalankan hak dalam perhimpunan aman di Dataran Merdeka dan keengganan menteri Umno untuk mengutuk serangan ini adalah amat memalukan,” kata Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.
Tambah Ketua Menteri Pulau Pinang ini lagi, tindakan pihak polis yang tidak proaktif itu hanya dapat digambarkan sebagai satu jenayah kebencian yang bermotifkan politik.
“Kenyataan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Khaled Nordin dengan memberitahu pelajar malang tersebut supaya tidak ''meminta simpati” apabila mereka telah dipukul dan didera untuk menuntut hak asasi manusia dan hak demokratik, adalah sangat angkuh dan satu kenyataan yang amat tidak sopan datang daripada menteri.
“Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein pula memandang ringan kejadian ini dan malah mendakwa bahawa ia adalah satu cubaan sengaja untuk membangkitkan emosi,” tegas Lim yang melihat insiden itu perlu diambil serius.
“Sejak bila keganasan dan gangsterime menjadi sebahagian daripada budaya kita? Ia sangat menyedihkan apabila anak-anak kita yang hanya cuba untuk menyatakan hak demokratik mereka menjadi mangsa dalam apa-apa cara yang buruk dan ganas,” soal Ketua Menteri Pulau Pinang ini lagi.
Tegas Lim, situasi yang lebih buruk insiden berkenaan adalah terdapatnya laporan yang menyatakan ada anggota polis yang bertugas di kawasan itu ketika kejadian, namun tidak campur tangan sehingga pemimpin pelajar terpaksa meminta bantuan.
“Dan walaupun mereka akhirnya menghentikan serangan ganas ini, ia adalah terlalu lambat kerana kebanyakan samseng ini telah pergi,” tambahnya.
Apabila ditanya mengapa hanya seorang penyerang terbabit ditahan, Ketua Polis Kuala Lumpur Mohmad Salleh semalam menjelaskan “ia adalah pada awal pagi dan kita tidak dapat membezakan penyerang dengan orang-orang yang sedia ada”.
“Kegagalan polis bertindak adalah sama dengan insiden di Speaker Corner, Esplanade Pulau Pinang pada 26 Februari lalu apabila ahli-ahli Umno dan Perkasa berkelakuan seperti samseng, menyerang secara ganas dan mencederakan dua wartawan semasa perhimpunan anti-Lynas,” kata Lim.
Laporan media semalam memetik Khaled dalam satu kenyataan di laman Twitternya menyebut, “Takde siapa pun suruh berkhemah di Dataran, bila berlaku apa2 perkara, jgn tagih simpati,” tulisnya di laman miliknya itu merujuk kepada insiden serangan samseng terhadap mahasiswa yang berhimpun menuntut pendidikan percuma dan pemansuhan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
Sekumpulan aktivis pelajar daripada Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) telah berkhemah secara aman di Dataran Merdeka sejak enam hari lalu, dalam cubaan untuk menuntut hak- hak demokratik mereka untuk memprotes terhadap apa yang mereka dakwa kadar faedah dan caj pentadbiran yang tinggi telah dikenakan oleh PTPTN.
Pada sekitar 2.45 pagi semalam, sekumpulan samseng telah turun menuju kepada kumpulan mahasiswa tersebut yang berhimpun secara aman di Dataran Merdeka dan menyerang mereka, mengakibatkan salah seorang daripada mereka dimasukkan ke hospital.
Selain kekasaran fizikal terhadap pelajar, samseng ini juga memusnahkan khemah tempat pelajar-pelajar itu berkhemah.
Keganasan biadap yang digunakan terhadap pelajar yang berkumpul secara aman ini telah mendapat kritikan daripada semua pihak, termasuk pembangkang, kumpulan-kumpulan hak asasi manusia.
Laporan media hari ini berkata, kumpulan mahasiswa itu akan mengosongkan tapak khemah di Dataran Merdeka buat sementara waktu, mulai pada jam 3 petang ini, bersempena Konsert Diraja yang akan berlangsung esok.
Langkah itu diambil bagi menghormati Yang di-Pertuan Agong dan konsert yang diadakan sempena istiadat pertabalan baginda. The Malaysian Insider

No comments:
Post a Comment