Thursday, April 26, 2012

JANGAN tidur selepas solat Subuh - Ustaz Don.

Khamis, 26 April 2012

JANGAN dalam Islam dari Ustaz Don. - JANGAN tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki Mahal kerana berpagi-pagi itu membuka pintu Berkat. - 
JANGAN makan tanpa membaca BISMILLAH dan DOA makan. Nanti rezeki kita dikongsi syaitan. -JANGAN tambah perhiasan di badan kerana Allah sudah jadikan Manusia Makhluk yang paling Sempurna - JANGAN keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan.Takut-takut kita mati dalam perjalanan. - JANGAN pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan.Makruh dan mewarisi kepapaan. - JANGAN biarkan Mata liar di perjalanan.. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa. - JANGAN menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa. 
- JANGAN ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang Kita bersalah. - JANGAN mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan Kita hilang bahagia. - JANGAN lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja Kita. Nanti Kita sombong apabila berjaya.Kalau gagal kecewa pula. - JANGAN bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki Kita. - JANGAN banyak ketawa. Nanti mati jiwa. - 
JANGAN biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada Kita. - JANGAN suka menganiaya manusia atau haiwan.. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH. - JANGAN terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya. - JANGAN mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan Kita. ALLAH lebih tahu. Wallahualam.. Jangan Lupa Share kepada rakan-rakan anda.... Oleh: Sys Ecig

No comments:

Post a Comment