Thursday, April 26, 2012

Royalti minyak: Permohonan Kelantan dapatkan dokumen ditolak


KHALILAH GUSTI HASSAN
26 April 2012
PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan hari ini menolak dua permohonan Kerajaan Kelantan dalam kes menuntut royalti minyak daripada Petronas.

Permohonan pertama menuntut Petronas menyerahkan notis penzahiran yang membolehkan Kelantan memperolehi 38 data atau dokomen seperti penyata akaun dan agihan wang minyak dari Petronas manakala permohonan kedua adalah memohon mahkamah mengguna pakai Aturan 14A dan/atau Atuan 33 Kaedah-Kaedah Mahkamah Tinggi 1980 bagi menuntut pendedahan terma penyelesian luar mahkamah yang dimeterai antara Terengganu dan Petronas berhubung saman royalti minyak yang dituntut negeri itu.

Panel tiga Hakim Datuk Ramly Ali; Datuk Clement Allan Skinner dan Datuk Lim Yee Lan sebulat suara membuat keputusan itu selepas mendapati tiada asas untuk mahkamah memberi kebenaran.

Susulan itu, Kelantan diperintah membayar kos kepada Kerajaan Persekutuan dan Petronas masing-masing RM50,000.

Bagaimanapun, ketiga-tiga pihak mencapai persetujuan untuk membuat pembayaran kos atas kos iaitu pihak kalah tanggung semua kos selepas perbicaraan penuh berakhir. sinar harian

No comments:

Post a Comment