Harakahdaily | 15 Apr 2012 |
Usul berkenaan dibentangkan ketuanya Ustaz Hafiz Musa dan ianya diluluskan sebulat suara.
Katanya, menuntut memansuhkan bayaran PTPTN di negara ini adalah menjadi tanggungjawab bersama.
Katanya, ia juga selari dengan konsep Membangun Negara Berkebajikan, di mana pendidikan, perkhidmatam bekalan air, perkhidmatan perubatan dan kesihatan adalah tanggungjawab sosial kerajaan yang sewajarnya diberi percuma.
Hafiz seterusnya berkata, munculnya Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) telah menjadikan pembiayaan pengajian peringkat universiti sebagai satu perniagaan dengan kerajaan apabila keuntungan telah diambil dengan cara memberi pinjaman kepada rakyatnya sendiri.
”Bermula dengan dikenakan kos pentadbiran sebanyak 4% yang kemudiannya difatwakan haram oleh Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia.
“Kemudian, ianya diturunkan kepada 3% dan sekarang ditukar pula kepada Pembiayaan Ijarah (1%),”ujar Hafiz lagi.
Sambungnya lagi, membiayai rakyat yang mendaftar untuk belajar di IPTA dan IPTS setiap tahun, negara hanya memerlukan sebanyak RM2 bilion.
“Adakah Malaysia tidak mampu mengeluarkan RM 2 bilion setahun, sedangkan ianya mustahil kerana negera sekaya Malaysia tidak mampu mengeluarkan RM 2 bilion untuk pendidikan rakyatnya,”ujarnya lagi.
Beliau yang juga Naib Ketua Dewan Pemuda PAS negeri Kelantan berkata, cadangan menghapuskan pinjaman PTPTN adalah selari dengan dasar PAS menyediakan pendidikan sebagai tanggunjawab kerajaan.
Menurutnya, ianya bersesuaian dengan kemampuan kewangan negara dan diperlukan oleh generasi muda Malaysia.
Dengan ini Dewan Pemuda PAS Kawasan Kubang Kerian mengusulkan menyokong penuh cadangan menghapuskan 100% pinjaman PTPTN dengan digantikan dengan mekanisma yang lebih sesuai.
Pemuda PAS sokong
sementara itu, Dewan Pemuda PAS negeri Kelantan turut menyokong usaha menghapuskan hutang PTPTN oleh golongan mahasiswa kini bagi menuntut hak mereka di negara ini.
Ketuanya, Ustaz Abdul Latif Abdul Rahman, berkata dengan kekayaan negara dari pelbagai hasil khususnya minyak, tidak ada sebab kerajaan tidak mampu menghapuskan PTPTN.
Ketika diminta mengulas perkara itu, beliau meminta kerajaan perbetulkan jumlah sebenar peruntukkan PTPTN sebanyak RM28 billion sahaja dan bukannya RM43 bilion sebagaimana yang didakwa Perdana Menteri.
“Kita merasa kecewa kes NFC dibiarkan begitu sahaja, tetapi kes PTPTN ini kerajaan masih berdegil sehingga tidak mahu mendengar suara mahasiswa,”ujarnya.
Bukan itu sahaja, beliau turut mempertikaikan hutang Tan Sri Tajudin Ramli dalam kes MAS RM 589 juta dihapuskan. Hutang pelajar diburu sehingga hampir 400,000 orang disenarai hitam.
Sehingga kini mahasiswa masih berkhemah di Dataran Merdeka.
Perhimpunan anjuran Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) yang diketuai Gabungan Mahasiswa Islam Malaysia (Gamis) itu pada mulanya berkumpul di persekitaran Masjid Jamek Kuala Lumpur, sebelum berarak ke kompleks membeli-belah Sogo bermula semalam.
Pelbagai slogan bagi menarik perhatian pengguna jalan raya, antaranya 'Hidup Mahasiswa', 'Jahanam Kapitalis', 'Najib Altantuya', 'Mansuh PTPTN', 'Bangkit Mahasiswa' sambil memegang pelbagai kain rentang.
No comments:
Post a Comment