sinar harian
23 Mei 2012
Ambiga
Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar mendakwa pihaknya mendapat maklumat ada pihak yang cuba mencetuskan kekecohan di rumah Ambiga esok.
"Kita minta polis siasat perkara itu. Pada maklumat kita, selain daripada peniaga-peniaga yang akan membuka pasar malam di sini, ada pihak lain yang akan turut serta untuk membuat kacau,” katanya kepada pemberita selepas hadir untuk menyatakan sokongan moral kepada Ambiga di rumahnya di Bukit Damansara pagi tadi.
Ketika ditanya daripada mana maklumat itu diperolehi dan siapakah pihak yang akan terlibat.
Nurul Izzah yang juga Naib Presiden PKR memberitahu sumber itu daripada penduduk setempat yang bimbang akan keselamatan mereka.
"Kita minta pihak polis siasat perkara ini dan berharap polis hadir dan mengawal keadaan bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini,” katanya.
Antara wakil rakyat yang hadir pagi tadi pada sidang media itu ialah Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng; Khalid Samad (Shah Alam), Fong Kui Lun (Bukit Bintang), Dr Tan Seng Giaw (Kepong), Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor), Dr Siti Mariah Mahmud (Kota Raja) dan Datuk Kamaruddin Jaafar (Tumpat).
No comments:
Post a Comment