
Apa faedahnya mencacah badan dengan ayat-ayat Kursi seperti yang dilakukan oleh wanita di dalam gambar di atas?
Untuk tunjukkan
yang dia adalah seorang yang sangat Islam, sangat cintakan ayat-ayat al
Quran dan sangat bangga dengan al Quran?
Atau
atas tujuan kononnya cacahan tersebut akan mengelakkan daripada terkena
sihir, terkena ulah atau sebagai pendinding diri?
Atau
sebenarnya cacahan tersebut dibuat kerana kejahilan tentang ajaran
agama sendiri?
Atau lebih tepat lagi kerana
mahu menghina ayat-ayat al Quran itu sendiri?
Perbuatan
mencacah tubuh adalah sesuatu yang diharamkan oleh Allah Taala dan
rasul-Nya. Apatah lagi cacahan tersebut adalah melibatkan ayat-ayat al
Quran. Mencacah tubuh dengan ayat-ayat al Quran, sebenarnya lebih
cenderung kepada penghinaan terhadap kalamullah.
'PAKAI
AYAT AL QURAN' bukan bermaksud menzahirkannya pada kulit tubuh... HADAM
AYAT AL QURAN bukan bermaksud tulis di atas kertas atau di atas
pinggan, kemudian dileburkan dengan air mawar, air hujan atau sebarang
air kemudian diminum!!!
samdol awek ni. macam mana gi tandas dengan ayat tu di badan.. mangkok betul
ReplyDelete