Najib Ketepi Pemimpin UMNO, Adakah mereka tidak berwibawa. Khabarnya Ezam Bakal MB Selangor?
Shahbudin Husin
Selain
mahu mempertahankan Putrajaya, Najib juga ghairah untuk merampas
Selangor daripada Pakatan Rakyat. Antara sebab kenapa Selangor menjadi
sasaran sudah tentulah kerana negeri itu merupakan negeri yang paling
kaya dalam Malaysia. Keghairahan Najib mahu menawan Selangor bukan saja
disandarkan kepada kesediaannya menjadi Pengerusi UMNO Selangor tetapi
juga melalui kekerapannya turun ke negeri itu.
Walaupun
berasal dari Pahang tetapi Najib dilihat lebih kerap turun dan
mencurahkan wang yang banyak untuk Selangor berbanding negeri
kelahirannya sendiri. Berjaya mempertahankan Putrajaya dan menawan
Selangor sekaligus adalah impian politik Najib dalam pilihanraya umum
ini.
Tetapi
sebagaimana kata bekas Presiden MCA, Tun Ling Liong Sik, cabaran Najib
untuk menawan Selangor ialah imej kerajaan dan pimpinan negeri itu yang
diketuai oleh Khalid Ibrahim yang dilihat mempunyai imej lebih baik,
bersih dan telus berbanding UMNO dan BN.
Dalam
masa yang sama imej UMNO Selangor tetap tidak menunjukkan peningkatan
kerana wajah-wajah pemimpin yang ada adalah wajah yang langsung tidak
meyakinkan rakyat seperti Noh Omar atau Zin Mohamed dan lain-lain Ketua
UMNO Bahagian. Wajah pemimpin muda dan pelapis yang membanggakan
langsung tidak ada dalam barisan kepimpinan UMNO Selangor sekarang ini.
Bercakap
soal kualiti kepimpinan di Selangor, bukan saja Ling Liong Sik tetapi
sebahagian besar penduduk Selangor sendiri tidak yakin UMNO mampu
merampas kembali negeri itu jika bersandarkan wajah pemimpin yang sedia
ada. Bahkan ramai pula yang tidak mahu memberikan UMNO kemenangan jika
wajah-wajah yang ada ini dikekalkan.
Dalam
soal pemilihan calon pilihanraya di Selangor, Najib sendiri memahami
keadaan itu. Meletakkan calon-calon dari kalangan pemimpin UMNO
semata-mata mungkin akan menyebabkan kekalahan diketahui lebih awal
lagi. Mahu tidak mahu, Najib terpaksa meletakkan calon yang dianggap
"winnable" dan bukan dari kalangan kepimpinan UMNO Bahagian bagi
merealisasikan hasratnya menawan negeri itu.
Bagi
Najib mengetepikan sebahagian besar pemimpin UMNO dan menggantikannya
dengan calon "winnable" adalah jalan terbaik untuk mencapai kemenangan
serta lebih mudah untuk meyakinkan pengundi, terutama pengundi muda dan
atas pagar. Lagi pula dalam setiap kali kunjungan Najib ke Selangor,
beliau sering menekankan faktor "winnable" dan ikrar daripada pemimpin
UMNO bahagian-bahagian bahawa mereka akan akur dengan sesiapa saja calon
yang dipilih oleh pucuk pimpinan juga sudah pun diperolehi.
Malahan
Tun Mahathir sendiri dalam perjumpaannya dengan jentera BN Selangor
turut menekankan betapa pentingnya mengutamakan parti melebihi
kepentingan peribadi. Kata Mahathir, kemenangan UMNO lebih penting dari
kemenangan peribadi.
Saranan
Najib dan Mahathir itu pada asasnya adalah bagi memudahkan calon-calon
yang bermasalah atau mereka yang memegang jawatan dalam UMNO tetapi
tidak diyakini boleh menang, untuk diketepikan. Dari segi politiknya,
Najib sudah ada kebebasan untuk memilih calon tanpa terikat dengan
kehendak UMNO Bahagian-bahagian.
Oleh
itu, difahamkan lebih daripada 50 peratus calon pilihan Najib untuk
mewakili UMNO di Selangor dalam piliharaya akan datang ini bukan terdiri
daripada kepimpinan UNMNO Bahagian. Sebahagian mereka yang dipilih
ialah kalangan pemimpin NGO, tokoh motivasi, tokoh pengguna dan kalangan
profesional yang terdiri daripada arkitek, jurutera, akauntan dan
pegawai bank. Bagi kalangan profesional yang dipilih, mereka ini tidak
memegang jawatan yang penting dalam UMNO tetapi disenangi di kalangan
penduduk tempatan manakala bagi pemimpin NGO pula pemilihan mereka lebih
kepada kekerapan muncul di dada-dada media yang pada Najib menunjukkan
kesungguhan mereka membantu perjuangan politiknya.
Calon
Menteri Besar pilihan Najib ialah Ezam Mohd Nor yang kini merupakan
seorang Senator dan penasihat Tibai, sebuah NGO yang berperanan
menghentam Anwar berkaitan isu-isu seks dan moral. Beliau difahamkan
akan diletakkan bertanding di DUN Sri Muda untuk berhadapan dengan Ketua
Penerangan PKR Selangor, Suhaimi Shafie.
FD
Iskandar, Bendahari UMNO Selangor dan Rozali Ismail, pemilik Puncak
Niaga yang sebelum ini turut disebut-sebut sebagai bakal Menteri Besar
jika UMNO kembali berkuasa, didapati tiada dalam senarai calon
pilihanraya. Calon tunggal Menteri Besar hanyalah Ezam Mohd Nor.
Turut
dicadangkan untuk dipilih sebagai calon di Selangor ialah beberapa
tokoh NGO seperti Pengerusi Gerakan Anti Penyelewengan Selangor atau
GAPS, Hamidzun Khairuddin, tokoh pengguna Dr Maamor Othman, tokoh
motivasi Fadzillah Kamsah, Pengerusi Jati, Dr Hassan Ali, bekas Ahli
Parlimen Kulim Bandar Baru, Zulkifli Nordin dan beberapa lagi daripada
kalangan profesional yang sedang berkhidmat dengan sektor swasta.
Hamidzun
difahamkan akan diletakkan bertanding di Dun Sementa, Dr Maamor di
Ampang dan Fadzillah Kamsah dijangka diletakkan di DUN Bukit
Antarabangsa untuk menentang Azmin Ali.
Bagi
Dr Hassan Ali dan Zulkifli Nordin pula, kedua-dua mereka akan melalui
ranjau "kamikaze" dalam piihanraya kali ini kerana Najib lebih berminat
untuk meletakkan kedua-duanya bertanding di peringkat Parlimen dengan
Hassan Ali dijangka diletakkan di Gombak untuk berhadapan dengan Azmin
Ali manakala Zulkifli Nordin pula di Shah Alam untuk menentang Khalid
Samad.
Daripada
sudut yang lain, Najib nampaknya benar-benar mahu membuatkan Azmin Ali
begitu sibuk dan menghadapi cabaran paing sengit kali ini. Jika Azmin
bertanding di Gombak, musuhnya ialah Hassan Ali manakala jika bertanding
di DUN Bukit Antarabangsa pula, cabarannya ialah Dr Fadzillah Kamsah.
Bersandarkan
kepada asas "winnable" juga, calon daripada kalangan pemegang jawatan
dalam UMNO hanya akan dipilih sekiranya mereka itu benar-benar boleh
membawa kemenangan dan bersih daripada sebarang masalah, selebihnya
kouta itu akan dipilih daripada kalangan AJK Bahagian atau pun golongan
profesional yang diketahui mirip kepada UMNO.
Bagi
Noh Omar dan Zin Mohamed pula, walaupun mereka tidak begitu disenangi
oleh ramai penduduk Selangor tetapi berasaskan jawatan sebagai Timbalan
Pengerusi UMNO Selangor dan Penyelaras BN Selangor serta hubungan akrab
dengan Najib, kedua-duanya dijangka akan dikekalkan untuk bertanding di
kerusi Parlimen sedia ada iaitu di Tanjung Karang dan Sepang.
Persoalan
yang menarik untuk dilihat ialah sama ada tindakan Najib mengetepikan
sebahagian besar pemimpin UMNO ini akan menyebabkan berlakunya sabotaj
ketika pilihanraya atau sebaliknya. Jika berlaku sabotaj oleh mereka
yang tidak terpilih itu, harapan Najib untuk mencapai kemenangan pasti
menjadi bertambah sukar. Kiranya sabotaj dapat dielakkan dan pemimpin
UMNO yang tidak terpilih itu dapat memberikan kerjasama sepenuhnya, UMNO
dan BN mungkin mampu memberi cabaran sengit kepada Pakatan Rakyat.
Apakah
UMNO Selangor sedia menerima Ezam menjadi Menteri Besar? Mahukah mereka
melihat kalangan yang pernah rapat dengan Anwar dan kini berdiri atas
pelbagai NGO dan hanya bermodalkan isu-isu seks dan moral yang dikaitkan
dengan Anwar tetapi tidak memegang apa-apa jawatan dalam UMNO,
mengambil alih pula kedudukan sebagai Yang Berhormat.
Apakah
juga pemimpin UMNO Selangor sentiasa patuh dan berpegang kepada ikrar
yang mereka lafazkan kepada Najib bahawa mereka akan akur sesiapa saja
calon yang dipilih?
Tetapi
mengenali kebanyakan yang bergelar pemimpin dalam UMNO yang hanya
mengutamakan kepentingan peribadi melebihi segala-galanya, formula Najib
di Selangor ini mungkin membawa kekalahan yang lebih parah lagi.
No comments:
Post a Comment