Apakah
sejarah yang diingat ini menyebabkan saya dilihat keras hati? Seorang
mukmin telah dipesan, sebagaimana hadis Nabi Muhammad SAW, “Tidaklah
seorang mukmin akan disengat dua kali dari satu lubang (sarang binatang)
yang sama” (Sahih Muslim – no: 2998).
PAS istiqamah dengan Islam
Demikian sikap saya terhadap olahan media dan mufti tersebut, maka
suka saya tegaskan sesunguhnya PAS tidak sedia bertolak ansur supaya PAS
melupai sejarah lalu. Sejarah PAS pernah bersama Umno dalam Barisan
Nasional yang kemudiannya disingkirkan tatkala PAS diperanhgkap oleh
satu rancangan devide and rule. Akibatnya kenaan perintah darurat di
Kelantan, negeri ditadbir PAS. Darurat itu adalah angkara pemimpin Umno
yang berkuasa di peringkat Pusat telah mencatat sejarah hitam. Kesanya
lagi, perpecahan PAS yang melahirkan serpihan, bermula dengan Bebas
Bersatu, kemudian Berjasa dan Hamim. Dalam siri perpecahan itu, PAS
terjunam ke lubang masalah keyakinan. Sehingga memerlukan 12 tahun
(1978-1990) pula untuk bangkit. Ia sejarah yang tidak mungkin dilupai.
No comments:
Post a Comment