(Oleh Sidiqin Omar)
KUALA LUMPUR 14 Jun: Ahli Parlimen Selayang, William Leong berkata,
jumlah 241,740 orang muflis di Malaysia perlu dipandang serius kerana
majoritinya melibatkan golongan muda.
“Kebanyakan mereka muflis akibat kegagalan membayar pinjaman
perumahan dan kereta. Ini sangat membimbangkan,” kata William pada
sidang media di lobi Parlimen, hari ini.
Terdahulu, Kementerian Kewangan ketika menjawab soalan William
menyatakan, jumlah terbesar orang muflis berumur 35 hingga 44 tahun
membabitkan seramai 37,493, diikuti 30,910 (45-54 tahun), 21,353 (25-34
tahun) dan 14,379 (55 ke atas).
Manakala rakyat Malaysia di bawah umur 25 pula seramai 1,617 orang.
Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail berkata, kelompok besar
penghutang pinjaman perumahan yang muflis berjumlah 14,327 membuktikan
ekonomi negara dalam krisis.
“Angka ini menunjukkan sebelum sesebuah negara muflis, rakyatnya
terlebih dahulu muflis. Kita tak tahu sama ada kelompok ini mempunyai
tempat tinggal.
“Ini kerana mereka tak mampu membayar pinjaman perumahan, sedangkan
tempat tinggal adalah perkara yang wajib disediakan kerajaan,” katanya.
Azan merujuk kes seorang pemuda dari Perlis, Rohizan Muza yang
diisytihar muflis pada 11 Januari 2001 dan dikehendaki membayarr ansuran
bulanan sebanyak RM50 mulai November 2002.
Bagaimanapun, Rohizan gagal mematuhi perintah tersebut dan dipenjarakan selama sebulan.
“Macam mana orang ini mahu bayar? Bukankah dia tidak mempunyai wang.
“Apa tujuan pelaksanaan undang-undang ini? Kenapa kerajaan begitu kejam?” soal Azan.
Short URL: http://www.keadilandaily.com

No comments:
Post a Comment